InsyaAllah

‘ InsyaAllah ‘ membawa erti jika Allah mengkehendaki. Ini menunjukkan bahawa kita sebagai manusia terbatas daripada mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa ke depan.

Jika kita sebagai makhluk punya rencana atau perancangan, Allah pula sebagai khalik punya segala kuasa.

Dengan demikian ucapan ‘ Insyaallah ‘ menunjukkan kepada kerendahan hati kita sebagai seorang hamba dan sedar dengan segala kekuasaan Allah terhadap makhlukNya.