Ber Three-D Kita

alamak. tiba tiba tak tau nak start entry ni macam mana.
macam mana yer. ah, tiru amy ah.
haaaa… rezeki dari TGV yang dipanjangkan oleh kakred. heeee….

tapi rezeki kali ni unik sikit. bukan terus terus dapat nonton wayang.
tapi kena jadi ahli kaji selidik untuk mencari cermin mata 3D terbaik. begitu.
sebelum menjadi ahli kaji selidik, lepak meminum dulu dengan kakred, rose & amy kat foodcourt klcc.


: : jenuh jugak nak lilit shawl hitam tu #tetiba : :

sebelum sesi bermula, kitorang masuk kat hall lain dulu. eh ke sebenarnya tersalah hall?
ntah lah. kena tanya rose. sebab aku ikut dia jer.
dapat la tengok sekejap filem abduction. cam best jer.

kitorang diberi 5 spek 3D yang berbeza untuk dicuba.
dan kena nonton lebih kurang 10 filem kot berulang-ulang dalam versi 3D.
ada filem kungfu panda, final destination 5, immortals, the 3 musketeers,  two happy feets, pussy boots, fright night dan ada lain lagi la. tak ingat.
5 spek yang dicuba tu ialah dolby, xpand, etoniq, realD dan Xmirror.
dolby tu yang sekarang memang digunakan untuk movie 3D.

lepas try test tu, kena rating kan lah.
berat ke, ringan ke, pandangan terang ke, kelam ke.
gambar jelas ke, blur ke. begitu lah kekiranya.


: : aku ngan rose dah macam robocop : :


: : dah  macam spek 70an lah pula : :


: : ni kot yang paling best aku rasa : :


: : kungfu panda dalam 3D : :


: : orang kuat TGV kot : :

hasil dari menjadi ahli kaji selidik tak bertauliah ni, aku dapat hotdog, air kotak dan paling best ialah 6 tiket wayang percuma dari TGV.
so pasni boleh la nonton wayang sampai lebam.

thank you kakred & TGV for the opportunity.
really really appreciate it 🙂

10 thoughts on “Ber Three-D Kita

    • syok tapi tu la, pening2 lalat sikit. tau jer la tengok filem 3D kan..

      salam kenal madammondoq. segan pulak u datang sini.
      blogger otai dtg ke blog blogger picisan hehe.. 🙂

Comments are closed.