All Your Love by Dato’ Siti Nurhaliza

last week aku ngekor kak red gi launching album inggeris dato’ siti nurhaliza kat jw marriot.
sib baik tak sesat barat. dan terima kasih juga pada GPS yang membantu.
janji jumpa kak red kat sana terus.
sampai sampai terus gi register bagai.


: : dapat kalendar dan album all your love : :


: : aku si gajah : :

tengah dok melilau tengok orang keliling, nampak awek ni datang ke arah kak red borak.
aku pun cuba recall siapa minah ni ek.
macam pernah ku lihat.
pastu oooooo… cikepal. yer yer cikepal.
aku pernah gi blog dia sebab cari cara-cara nak muncungkan tudung dan aku dah dapat caranya he he he.
so say hi dan bergambar lah yer yeop..

makanan yang dihidangkan semua pun berunsur jepun.
nanti adik adik ni datang la hulur kat kau.
kalau lapau, ko amik la 2,3 sekaligus.
sebab nak tunggu dia datang balik, amik masa kan.
so ngap ngap 2,3 sekali arung.

pastu menjalankan tugas sebagai photographer tak rasmi kak red.
gi snap gambar gambar artis yang ada.
ramai oh artis yang datang, tapi idok ler aku dapat snap semua.
antaranya yang ni je lah..


: : ana rafali : :


: : cheryl samad : :


: : maria farida & azwan ali : :

oleh sebab aku ni pun ngekor orang jer kan, dengan sensorang diri, makanya takde la dapat nak bergambar dengan artis secara rak.
yer yer, ai sedar diri u.
tapi sib baik kebetulan zach x factor aka si capik ni diri dekat dengan tempat kitorang duduk, so mintak tolong lin snap kan.
lin, wife beautifulnara.


: : si capik.. bangkit kau dari mencapik.. #eh : :

hensem tau dia. lepas snap gambar je, aku cakap la thanks.
dia senyum sambil kenyit mata.
awwwww.. ko jangan gegila si capik.


: : suasana sekitar jw marriot. eh jw marriot ni bersambung dgn shopping mall starhill ek? : :

majlis patut mula pukul 3 petang.
tapi ujung-ujung dalam pukul 4.15 petang camtu baru start.
sabau jer la.
pengacara majlis, mamat tu tak kenal.
dengan cheryl samad.


: : diselang seli dengan video pembikinan album ini : :

pastu persembahan dari artis jemputan.
diorang nyanyi rangkaian lagu-lagu dato’ siti.


: : shila hamzah : :


: : nadirah. penyanyi baru kot. tak kenal : :


: : Lan MUH : :

dah habis performance segala, sekonyong konyong dato’ siti pun muncul dari atas lif sana.
aku ingat nak watermark semua gambar, tapi ujung ujung separuh jalan jer.
tak larat la pulak.

dato’ siti perform nyanyi lagu remember you dan stand up.
dua dua lagu pun adalah best.
aku tengok dato’ siti cam enjoy gila nyanyi lagu remember u tu. groove sangat…

dah usai performance, dipanggil la antara orang orang belakang tabir yang terlibat untuk album ni.
bagi ucapan bagai semua.
mamat negro tu yang cipta lagu semua, tak ingat namanya.
pastu dato’ k. pastu adib, anak dato’ k.
punya la hensem oh.
sampai terjuling juling bijik mata aku menengoknya.
ini manusia ke hapa.
apa ke hensem bebenau… :-O

adib ni CEO what’s up entertainment yang keluarkan album ni lah 🙂


: : sedang ditemubual : :


: : adoiyaiii apa ke hensemnya kau ni adib oiii… sesuai dibuat anak ikan #eh : :

ni semua gambar gambar yang aku snap sendiri tau.
guna DSLR encik z.
cumanya sebab aku ke belah kiri pentas sangat.
dan dato’ siti pun takde nak jeling jeling ke belah kiri.
tu pasal asyik dapat gambar tepi jer.
jadilah kan janji ada.
aku dah feel feel wartawan sudahnya kat situ.

kak red lepak sekejap jer.
pastu aku seorang diri membuat kerja amik amik gambar nih.
tapi sib baik ada 2 orang wanita comel bersama sama aku teman.


: : farah & lin : :

tq adik adik ku.
lepas habis acara atas stage tu, ada press conference.
tapi aku malas nak pegi lah pulak.
sakit kaki oh diri lama pakai heel.
lain kali kalau nak cover event ceni, kena pakai kasut flat je lah.
eh, ada lagi ke lain kali kakred? :-p

nanti next entry aku share youtube ngan lagu-lagu dari album ni yang aku suka k..
stay tune!

18 thoughts on “All Your Love by Dato’ Siti Nurhaliza

  1. notti tau u ni..auww!
    ehh tak ckp ke kat dia yg akak peminat tegar drama si capik? hehe 😛

  2. woww..bestnya..dpt tgok tok ti dari dekat…
    Mya..Lan MUH tuh dh putus kasih sayang arr ngan MUH…..skg dikenali Azlan & The Typewriter… 😉

  3. As salam mya. Since awak dah keluar kan statement pasal tudung muncung tu kan, kalau tak keberatan
    boleh ajar/bagi tahu tak macama mana caranya. Saya cuba buat tak jadi la… leper dan bulat, muka
    nampak besar.

Comments are closed.