Syawal Pertama

AMARAN : entry ini mengandungi 20 keping gambar di mana gambar tersebut semua pun dilink direct dari facebook.
seperti biasa gambar yang dilink direct dari facebook akan sebesar rumah kerana tidak boleh diresize.
sesiapa yang membaca blog ini di rumah, maka selamatlah anda.
jika membaca di office, sila coverline supaya tiada soalan soalan maut yang keluar dari rakan sekerja anda.
sebarang kecederaan jiwa, penulis tidak akan bertanggungjawab. terima kasih.

raya tahun ni aku tak tau la kenapa rasa macam sunyi sangat.
bukan sunyi di luaran, tapi sunyi dalam jiwa aku. ntah la. rasa macam lain.
bukan salah siapa siapa, bukan jugak salah aku kot.
tapi ntah lah. mungkin faktor umur. mungkin jugak faktor penghijrahan.
entah. aku tak punya jawapan untuk soalan yang aku fikir kan ni.


: : kan dah kata. kosong : :


: : yaya tak nangis masa bersalaman tapi nampak la matanya berkaca. sensitif anak aku ni : :


: : caca nangis bukan sebab sensitif. tapi sebab baru kena marah dengan ibu dia sebab jatuhkan kamera. kuat merajuk dia sekarang : :

tema tahun ni merah putih.
tu sebab abang long pakai baju melayu putih. ceh. walhal malas nak beli kan abang long?
pastu bangga bangga plak tu sebab baju tu waktu dia menikah ngan kaklong dulu. dah 11 tahun.
nak kata kurus la tu kan kan kan..

adil plak dah cerita kot tak jumpa baju melayu yang bersaiz M.
so dia pakai baju raya tahun lepas. sib baik maroon nampak merah merah jugak kan.
patutnya baju cici sama dengan baju yaya & caca. tapi tak muat plak tang kepala.
sib baik jugak kaklong dah standby baju warna maroon. so kira masuk la tu.

baju aku ngan mama beli masa jualan bazar koperasi kat office aku.
dah lama jugak rasanya. awal awal tahun dulu kot tak silap.
punya la lama simpan nak buat baju raya kan.
dan tudung aku, of coz dari tie rack. korang kalau nak beli, gi kat website ni http://tierackonline.blogspot.com
sebab aku suka, aku promote percuma πŸ™‚

yang belah kanan sekali tu bukan isteri muda abang long mau pun isteri muda encik z yer.
dan bukan juga isteri adil.
tu maid kaklong. aku letak la gambar kat sini mana tau tiba tiba ada saudara mara dia baca blog aku ni, boleh jugak melepas rindu tengok gambar. #motip??
dia pun cam tau tau je kan pakai baju warna maroon.


: : ok ini baru betul. family kecil puan normah : :


: : opah dan cucu cucu nya : :

oh hari tu amy & pae ada tanya kenapa dengan pipi cici tu?
nanti aku buat entry khas tentang cici k.
yes, she’s sick.


: : normaya, mahathir, normah, zuraihan. uzur benar dah rasa sofa mama ni #tetiba lagi : :


: : keluarga kecil kami : :


: : my love. abaikan gambar yang menjauh. adil takde bakat jadi photographer : :

abaikan jugak seluar encik z tu. seluar yang dibeli mengetat katanya.
tak dapat menampung perut. tu pakai seluar lain. #apaapaajelah


: : the one and only my anak dara : :

dah habis sesi salam nangis emosi bagi duit raya bagai, makan makan lah dulu.
aku tak snap pun gambar makanan. satu pun tidak.
tapi hari raya pertama biasanya pun mama masak nasi himpit, kuah kacang, lodeh, ketupat palas, rendang ayam dan rendang daging.

kemudian gerak ke rumah tok.
on the way singgah kat kamunting beli kek.
kan hari tu dah janji nak beli untuk birthday caca.
takde celebrate apa pun.
bawak kek naik atas rumah. aku jer melayan dia ngan yaya nyanyi potong kek bagai.
budak budak kan, apa diorang kisah. janji ada kek.


: : suka buat muka sekarang. penampauu baru tau : :


: : tiup lilin : :


: : potong kek bersama kakak : :


: : ngappp ngappp : :

happy 4th birthday caca.
mommy doakan caca sihat sejahtera, jadi anak yang baik dan belajar pandai pandai ote?

dari rumah tok bergerak ke rumah maklong kat semanggol.
makan bihun sup yang sedap nak pitam. pun tiada gambar.
gambar orang pun aku tak snap. kan. betul kan. kosong jiwaku.


: : nie satu je lah gambar. macam tiap tiap tahun pun ada kan? menyelit disebelah bukan ju on tapi sepupu aku : :

dari semanggol gerak ke ijok plak. bukan ijok selangor yer, tapi ijok perak.
sejam jugak perjalanan kot. rumah ayah saudara mama. aku pun dah tak ingat panggil apa. tok lang kot? ke tok njang? #apaapajelah
perjalanan jauh menyebabkan dua dua sepupu iniΒ  ketiduran.
bagus tidur takde meragam ke hapa. taktau la sebab takut kat aku yang menaga atau memang style tidur mereka begitu.


: : caca tidur pun bergaya : :


: : kemudian terdampar atas punggung kakaknya : :


: : bukti saya berada di ijok. signboard menjadi saksi : :

dari ijok terus la zasss pulang ke taiping.
singgah giant sebab abang long nak beli barang.
belanja yaya n caca aiskrim lalu ber aiskrim lah kami bertiga.

maka berakhirlah sudah hari raya pertama versi normaya.
nampak tak sandal aku tu? carlo rino 50% tinggal RM49.50.
oktqforreadingbye.

18 thoughts on “Syawal Pertama

  1. gambar caca tidur dgn bergaya tu kan..nampak dia macam budak besar je.
    dan dan dannnn…bambamnya dia πŸ˜›

  2. patut tgk gambar ko kt FB sume mcm monyok2 jek
    tgk kanak2 best je kan raya, masing2 hepi2
    kalo org dewasa ni raya2 pn otak dok pening pk duit belanja lepas raya
    hahahaa aku la tu

    • weh aku lupa nak sms ko ajak datang beraya.
      ko raya taiping kan? huhu…

      tu la tu.. dah la muka mmg jenis masam mencuka.
      monyok plak lagi.. kesian..

Comments are closed.