Syawal ke Tiga

hari raya ketiga lagi la takde plan apa.
dengan panas dik dik nya kat taiping ni.
rasa cam hoh. nak lari ke taiwan jer.
ceh taiwan konon. walhal ko taktau taiwan musim panas sekarang.

mandi mandi pakai jubah hitam yang aku beli kat bazaar jusco wangsa maju hari tu.
tudung plak dibeli di jalan TAR lamaaaa dulu.
first time pakai lah kan of coz.

hari kejadian mama masak bihun goreng dan bihun tomyam.
mama aku ni memang ada je la menu dia di hari raya.
kiranya kalau korang datang rumah aku raya 1 – 4 insyaAllah ada je la makanan berat berat dia masak.

tengah hari camtu kak as call kata nak datang beraya.
yeay! haruslah gembira orang nak datang rumah kita kan.
ni kali ke 2 kak as sekeluarga datang.
tengok, boss aku datang raya rumah aku. boss korang ada? *sambil buat muka kekwat


: : caca n yaya yang dok menyelit bergambar : :


: : borak borak gelak gelak : :


: : happy happy family : :

tak nampak sangat la kan jubah aku tu.
sebab takde gambar berdiri.
takpe sok sok aku pose lagi eh..

lepas kak as balik, aku, encik z n yaya ke taiping sentral.
mau nonton #hantubonceng
memang dah janji dengan yaya dari semalamnya lagi.
manusia punya la meramai, sib baik encik z dah beli tiket awal.
so menontonlah kami.

ok cerita adalah kelakar.
terbahak bahak si yaya gelak.
aku ni gelak sesikit jer.
almaklum ler, suara tu kan aurat. #eh?
tapi sokayy la, memang korang leh kot gi nonton #hantubonceng ni

ada zizan yang super duper lawak.
kawan dia yang bawak watak kunyit. tatau nama.
pastu jue aziz yang gorjes cantik menawan jelita.
serius lawa la dia ni.
aku cari gak twitter dia tapi tak jumpa.
sapa tau dia ada twitter ke tak, sila tinggalkan komen eh.

malas la aku nak cerita sinopsis #hantubonceng ni.
tak surprise la kot kan kalau korang lom nonton lagi.
so sila sila kan la eh.

usai movie, kami ke bomba.
bukan nak report kebakaran ke hapa yer.
kat taiping ni ada satu tempat makan yang berlokasi di belakang balai bomba taiping.
agaknya semorang pun takde idea nak bagi nama tempat makan ni apa, so dipanggil bomba, senang kot.


: : mau makan yong tau foo maaaa : :


: : RM9.00 semua : :

kemudian rasa cam tak cukup.
nak tambah tapi cam ishh nafsu je kot semua ni.
takpela, next time balik taiping kita makan lagi.
tapi adalah sedap.
siapa tak pernah sampai taiping, sila datang ke bomba untuk makan yong tau foo, ote??


: : nampak putih melepak plak yaya dalam gambar ni : :

malam tu semua layan filem penunggu istana kat citra.
#dasarputnam betul filem ni.
buang masa aku tunggu satu jam setengah.
dengan tahan ngantuknya, dengan melibas nyamuknya.
sakit jiwa ok.
siapa pengarah hah? meh aku nak kondem.
cey cey macam berani la sangat kan.

ok sekianlah berakhirnya syawal ke 3 saya.
sekian.

10 thoughts on “Syawal ke Tiga

  1. huishhh geram tgk yong tau fu tuh, selalu yg sy makan tu ada sup jer, bila tahun nak pi pun tatau nih 😉

  2. yong tau foo bomba di padang sarkis? #tetiba. Kedai yang dulu kita pergi kah?

    ps: Hi nadirah, abg ucapkan selamat hari raya. Ceh abang peginya haha (H)

Comments are closed.