Syawal ke Empat

ok raya ke 4 lagi la sumpah bapak boring.
pakai baju kurung yang kainnya aku beli kat bandar seri begawan hari tu.
tapi takde gambar sebab tak ke mana, dan takde sapa datang.
so takde la snap gambar kan.
nak snap seorang diri tanpa hala tujuan cam #terhapa plak.
so takyah. lain tahun aku jaja kat sini.

tengah hari yaya ikut kaklong keluar gi pejabat pos.
aku ingat nak gi petang petang sikit, tapi sementelaah dah kaklong keluar, aku kirim je la.
masukkan RM170 dalam akaun ASD yaya.
walaupun sikit tapi sokayy la bagi bergerak kan dalam tu.
esok esok dah ada RM1000 senang sikit kot hati kalau apa apa jadi ke.
ada duit dia sendiri dalam tu.

sebelah petang bawak yaya gi taman tasik taiping.
tak bawak caca sebab dia sudah ketiduran di rumah.
tapi dalam kereta yaya plak tertidur.
bila dah sampai, turun gi playground dok buat buat muka plak.

aku cakap la ngan dia kenapa tak bagitau yaya ngantuk.
kalau tau ngantuk takyah keluar. diam membisu jer.
aku pun tarik nafas, hembus, tarik nafas, hembus.
taknak dah menaga naga ni. umur dah banyak, kena cool la sikit kot kan.


: : buat muka : :

encik z ajak gi doli makan char kuey teow, tapi katup lah plak.
so sudahnya makan je kat satu gerai berdepan dengan library.
servis out. char kuey teow pun out kot.
udang tak fresh. sadis.
sib baik tak sakit perut cirbir.
kalau tak harus aku awaskan tokey kedai ni.

sampai rumah dalam pukul 7 malam, caca dah bangun tidur.
terus ditanya ‘kakak pegi mana?’
‘lake garden’
dipukulnya si kakak bertalu talu.
pastu dijerit ‘caca nak gi playground lake garden jugak!’
adoiyainyer punnn…

pujuk punya pujuk last last ke pasar malam sudah.
kat aulong jer. nama pun budak budak, dapat keluar gi pasar malam pun happy kan.
renyih la memanjang.

patutnya plan nak balik KL malam tu.
tapi sampai rumah, makjah sekeluarga plak datang beraya.
pong pang pong pang bagai, dah macam lewat.
encik z kata esok pagi pagi je lah balik. mak okay jer.

malam tu lepak lepak kat luar berborak satu keluarga.
topik perbualan more to majlis persiapan kenduri akad nikah adil.
yer adik bujang saya nan sorang tu nak nikah dah insyaAllah bulan 11 ni. 🙂

maka dengan ini watamatlah cerita raya saya.
hah korang korang tu, tak reti reti lagi nak start update blog pasal raya?

16 thoughts on “Syawal ke Empat

Comments are closed.