Syawal ke Dua

sila rujuk AMARAN di entry sebelum ini.
AMARAN tersebut digunapakai untuk semua entry hari raya.
dan juga untuk semua entry yang gambarnya di direct link dari facebook.
sila jangan buat buat lupa.

ok kita ke hari raya ke dua pula.
masih kosong. tak percaya?
tengok gambar di bawah.


: : K O S O N G : :

walau dalam kosong, masih tetap berbaju raya.
5 helai ok baju raya ku. tapi sehelai tak sempat pakai, so carry forward ke raya haji.
baju kurung pink yang diberi nama kain maher zain ini dibeli secara dalam talian.
online shopping yer. bukan dengan menelefon orang dan berkata ‘ada kain untuk dijual?’
manakala tudung dihadiahkan oleh kak as 🙂


: : mereka juga berpink tetapi bukan atas paksaan saya : :

menjelang tengah hari dah mula kebosanan seumpama berhari raya diperantauan.
ajak yaya dan caca lepak lepak kat buai depan tapi kepanasan menghalangnya.
yer bumi taiping sungguh panas sekali. ok ok neraka lagi panas.

lalu masuk ke dalam rumah dan on kan myavo.
up kan status facebook mengajak orang ramai datang ke rumah beraya.
dan tiba tiba ‘trettt trettt trettt’ bunyi sms masuk yer. bukan bunyi alat keloi.
mariah sms mintak address, insyaAllah sampai katanya.
dan pun sekejapan tiba tiba ‘bunyi enjin kereta – sila imagine’, mariah sekeluarga pun sampai.


: : dah besar si alya. cer tengok muka nakal caca. rasa nak picit picit jer : :


: : mariah kawan politeknik saya. raya ke 2 beraya kat rumah mertuanya di kamunting : :

dan tiba tiba sekejapan juga zul EO pun sampai. motip nak sebut EO???
walaupun dah pernah datang, tapi sesat barat jugak lalu encik z pun pergi menjemput mereka di simpang.


: : ashraff yang lapar nasi lalu membaham nasi lemak buatan mama : :

eh lupa nak cakap raya ke dua mama masak nasi lemak dan laksa.
laksa mama terbaik! (Y)
ada ke orang cakap masakan mak dia tak terbaik?


: : pempotretan : :

sori zul, sebab ko datang rumah aku, ko kena tinggal dengan geng geng konvoi raya ko.
aku taktau. kalau aku tau mesti aku tak ajak ko datang rumah aku #eh?

ok malam menjelma.
adik beradik mama datang serang beraya.


: : maksu, tok, maktam & ejad. encik z la snap ni : :

yaya dan caca awal awal dah mandi bersiap.
sebab sudah janji mau bawak diorang gi night safari kat zoo taiping nun.
siangnya tu yaya sampai nangis sebab boring sangat. apakah???
boring pun boleh nangis?


: : sudah sampai di zoo taiping : :

ingat kot kan raya raya ni takde la orang nak gi zoo kan.
tapi rupa rupanya, meramai ok. nak q naik tram tu sampai membuak buak ke bahagian kaunter tiket.
memula aku bawak yaya n caca jalan kaki je dulu sementara encik z q.
tapi si caca bebel bebel plak. penakot si kecik ni, badan je besar kan.
so kembali lah kat line q itu.


: : bersungguh. tau baca ke tu?? : :


: : dalam tram : :

dekat 45 minit jugak rasanya q.
dan perjalanan dalam setengah jam.
ni 1st time aku datang night safari so agak agak menjakun la kot tengok binatang tengah malam.
dan spot terakhir adalah di tempat gajah.

ada 2 ekor gajah tengah tidur. cam comel gila. statik jer.
tapi kadang kadang gerak kan badan sesikit. macam kita manusia tidur gak la.
pastu ada sekor tengah menyusukan anaknya.
kemudian anak dia berak dan kencing. euueueuwww…


: : nampak tak korang gajah kat belakang tu? : :


: : wajah gembira dapat ke night safari : :


: : wajib pose di signboard : :


: : tunggu ayah amik kereta sebab parking jauh : :


: : wajah comel kesayangan ramai : :

dari zoo singgah mamak.
dalam perjalanan tu jenuh la pujuk caca jangan tidur.
sebab dekat je pun. kang dia tu tertidur bila bangun je nak ngamok ngamok. apa motip ntah.
so ramai ramai nyanyi kuat kuat dalam kereta.
tension jer si caca tak boleh tidur. tapi lagi 2 saat nak sampai mamak, dia terlelap jugak.
dah tak pasal ayah nya kena dukung.

kata tak lapar. nak air masak jer.
bila roti canai ayah sampai, dia yang dulu ngap ngap. apakah??

lepas tu pau maggie goreng yang aku share ngan yaya.
lapar rupanya dedua anak aku nih. ish ish ish..

demikianlah berakhirnya raya ke 2.
cerita raya ke 3 dengan raya ke 4, sambung besok ote?

26 thoughts on “Syawal ke Dua

  1. sis… u very beautiful sgt sejak memakai hijab ni.. mmg lawa sangat2 laa.. suke sgt2.. love u sis.

  2. caca..walapun awak ni adik yaya tapi sebenarnya awak ni kakak si yaya tau.
    tapi awak yang kuat nangis. nape ntah.. #tetiba

  3. Dulu masa mek pi night safari zoo tepeng ni pun beratur ngalah nak pi ngundi. Lepas dah naik trem, jalan kaki pula berdua duaan, walaupon dalam keadaan ketakutan kene baham ngan rimau dalam gelap. (@) eh ni kucen bukan rimau

    • caca bkn takut gelap. caca bkn takut hantu.
      caca takut penat je kalau jalan.
      banyak akaiii ini budakk..

  4. Sesat gak si Zul ? Walaupun dah ditunjukkan jalan ke rmh ko olh Tipah & Wos?
    Uhuuuu … gagal lah Zul nih !
    Bkn kena tinggal Mya … time tu dah nk dekat2 maghrib….ktorg kat rmh si Atie lg…
    jem tahap meroyan lak tu nk masuk Changkat Jering …
    aku pun pk dua tiga kali … sbb sian kat Zul nk balik Ipoh nun.
    Rmh mak pak aku kat Trong … jauh di pendalaman … so ckp jelah kat dia
    xleh dtg pun xpe. 😀

Comments are closed.