Semua Pun Sedap!

dari putrajaya aku ngan amy pecut ke klang.
mau beraya ke rumah lynn plak.
agak sesat baratlah kami pusing sana sini.
tapi nasib baik aku bijak membaca direction yang lynn bagi kat amy.
eceh, nak jugak puji diri sendiri. pui..

dan akhirnya selamat sampai di rumah lynn.
memandangkan perjalanan dari putrajaya ke klang agak kejauhan, memang sedang elok lah perut pun melapar.
open house lynn ni siap ada khemah bagai. kelas ko lynn.. :-p

dapat tempat duduk, apa lagi terus terjah makanan.
memula aku amik laksa. kemudian char kuey teow.
laksa bukan sebarang laksa. laksa datangnya dari perlis ok.
char kuey teow pun sedap!

ada ayam percik jugak ok. sebenarnya aku tak tau ayam percik ni sapa punya.
masa kitorang sampai dan duduk, memang dah ada.
amy kata, mungkin ada orang nak cop table tu kot. tapi tengok kita semua datang, terus dia tak jadi duduk.
nak amik balik ayam mungkin terasa malu.
jadi apa nak kata, rezeki aku lah tu.
marveles gila ayam ni. sedap oh..
apa ni apa ni apa ni? kenapa semua sedap? why why why..

dan last sekali mee kari. ni encik z yang amik, sebab aku tak berapa minat mee kari.
tapi rasa jugaklah semulut dua. selebihnya encik z bedal licin.

dan yang paling best sebab ada tapai u!
aku memang penggila tapai. ko tau berapa aku makan? bukan satu, bukan dua, bukan tiga.
tujuh. yes. seven. 7 bungkus aku telan oh.
mengapa tapai ini begitu sedap?????? aaaaa…..


: : ngaper ko mencebik amy? : :


: : encik z tengah bagi direction kat abang sirman : :

abang sirman, acaner citer ni? kata orang klang. acaner leh sesat.
acer citer..
tapi akhirnya selamat juga mereka sekeluarga tiba.


: : bersama tuan tanah. eh tuan rumah. tulipmalam aka lynn yusof : :


: : mak merah yang jadi mak biru di hari kejadian : :


: : motipppppppp??? yang pasti kami tak mengumpat ya. no no no : :

tapi kakred ada ngumpat aku. dia sound napa tak pakai baju kurung gi beraya?
errr errr errrr… kena ek? hu hu hu…


: : us : :


: : salam salam mau pulang : :

tq lynn for the invitation.
nanti i dengan husband nak gi area sana lagi tau.
nak gi muzium timah dengan kota raja mahadi. 🙂

18 thoughts on “Semua Pun Sedap!

  1. salam kak maya..lama sy x bukak blog akak..sy terbersalin awal..mlm raya u..suka la tgk imej baru akak..harap akak dpt kekal kn smp bila2 ok..

    • laa.. udah bersalin kamu?
      boy ke girl? selamat naa… nanti dah masuk office kita sambung borak gossip2 lagi ek..
      jaga diri tau..

      oh insyaAllah awak doakan terbaik utk akak k 🙂

  2. hahaha..
    org tak buat khemah.. i buat lah khemah…
    very the details sgt entry kali ni…

    btw, thx for coming…
    lepas ni nak menjejak sejarah klang plak erk..
    bagus2.. silakan..

Comments are closed.