Selamat Pengantin Baru Hamzil & Suraya

hari sabtu aku ikut encik z gi wedding kawan dia.
kawan dia ni staff B** gak, tapi aku tak kenal.
memula aku cam malas tau nak ikut, tapi memikirkan perut yang melapar tu yang gagah jugak.
walhal pagi tu dah bangun, pukul 12 tengah hari lepas mandi aku bantai tidur balik. mengantuk sungguh!

lepas zohor gerak ke keramat sana.
sampai sampai pengantin tengah sibuk salam salam tetamu.
terus cari tempat duduk dan makan.


: : sama cantik sama padan : :

kemudian terjumpa jua erin sekeluarga.
lepas makan duduk kejap lepak borak borak sementara tunggu pengantin beramah mesra dengan tetamu lain.
kemudian encik z gi salam salaman la.

sebelum duduk tadi, aku memang dah perasan kan kawan lama aku si nini ni.
tapi sebab memasing pun baru nak makan, so aku biar dulu lah.
dah elok nak gerak aku pun gi la bertegur sapa.
lama tak jumpa dia ni. 5 tahun ada kot?
walhal memasing duduk dekat dekat je pun, takde rezeki nak terserempak.
tapi terjumpa kat wedding ni kan.
sempat la borak kejap gitu gini dengan dia.

lupa plak nak amik gambar secara proper dengan dia.
tapi sib baik la suami ku sangat memahami jiwa isterinya yang blogger tegar ni, dicandid kan gambar ini.
tq encik z! 🙂


: : di depan khemah pengantin : :

dari keramat tak terus balik, ada agenda lain pula.
ke shah alam kita yok…

16 thoughts on “Selamat Pengantin Baru Hamzil & Suraya

  1. erin x nampak pun banner ni…sbb masuk ikut belakang hehe 😀
    cun la pengantin….
    sempat encik z suruh dorang pandang kamera kan…
    terbaik! hehe 😀

    • hee aah banner ni sebelah depan.
      memula saya dah snap dah gambar pengantin. tapi nampak belakang.
      dok pikir jadi la, janji ada.
      tup tup encik z dah snap lain. i like..

Comments are closed.