Ronda Ronda Sabtu

aku habiskan cerita puasa boleh?
boleh? terima kasih 🙂

hari sabtu petang keluar gi jalan TAR lagi.
sebabnya encik z belum beli baju melayu merah lagi.
penat oh pusing pusing mencari.
susah benau lah pulak cari baju melayu merah ya.
ramai tema merah ke tahun ni ek?

akhirnya dapat. tapi seluar agak mengetat plus agak senteng.
bedal je lah. yang senteng tu aku boleh alter.
yang ketat tu. errr.. err.. pandai pandai awak diet la yer encik z.

berbuka kat the manhatann fish market.
dari semalamnya kot encik z nak makan.
tapi semalamnya tak jadi sebab ada pergaduhan air mata berdarah berlaku. heh.

aku ni walaupun tak puasa tapi ntah lah cam takde selera jer nak makan.
kunyah la sikit sikit kot buat rasa.
air barbican tu beli kat jalan TAR. flavour raspberry. sokayy la rasanya.

dari sogo aku ajak encik z gi midvalley nonton final destination 5.
bulan puasa nonton movie. nice sangat kan.
sampai sampai jer, full house oh.
ada la tapi show pukul 12 tengah malam. tak kuasa eh.

tengah bincang bincang, tiba tiba ada sorang mat salleh datang approach kitorang.
dia nak bagi tiket wayang the rise of the planet of the apes.
free of charge.
katanya dia ada hal tak dapat nak nonton.
dah orang bagi kan, kekwat benau rasa nak decline.
so amik.

not bad eh cerita ni.
hero kacak. heroine menawan.
mawas pun comel.
aku tak pernah tengok yang sebelum ni punya, tapi takde masalah kot nak fahamkan yang ni sebab yang ni kira cam kisah sebelum yang filem sebelum nie.
haisyoo matikla ayat berbelit.

tapi kesimpulan adalah best.
nak tau sila tonton sendiri.
daaa….

4 thoughts on “Ronda Ronda Sabtu

Comments are closed.