Blog Maya Dot Com

Struggling to be a better Muslimah

Photoshoot di Sasana Kijang

assalammualaikum anak-anak.
ustazah normaya in the house. ewah.

ok ini cerita hari jumaat lepas.
aku ada photoshoot kat sasana kijang.
nak kena explain ke kat korang sempena apa?
cam malaslah pula.
sebab aku pun tak berapa nak reti nak explain, boleh?
later later lah yer.
ni aku letak gambar gambar aku je lah.

ini wajah di pagi hari.
boleh kata sepanjang minggu lepas, cam awal plak aku dengan encik z sampai office.
tu yang sempat berbreakfast together gether tu.
scarf aku tu bukan tie rack yer. tapi ala ala tie rack. aku beli kat brunei dulu.

pukul 10 pagi dah siap siap ke sasana kijang.
naik kereta turbo kaktin.
sementara menunggu yang lain sampai, aku membaca dulu.
bukankah membaca amalan mulia? ecewah.

terpandang plak beg merah aku tu.
hari tu ada terfikir nak buat entry, tapi cam kemalasan.
aku harungkan kat sini la.
ramai yang dok ingat beg tu bertajuk long champ.
hello. matik hidup balik pun tak mampu aku nak beli long champ ke, short champ ke.
beg tu bertajuk air asia jer.
aku beli masa on the way ke bali hari tu.
harga tak ingat. tapi aku adalah berkenan dan suka lalu membelinya.

dah cukup korum apa semua, bermulalah sesi photoshoot itu.
amik gambar tang sini, amik gambar tang sana.
bergaya begitu, bergaya begini.
tapi soft copy semua takde lah pulak, nak mintak macam segan.
so takyah. tapi later later akan ada jugak. tunggu naa…


: : kak sri pun ada : :


: : kaktin la yang menjerumuskan aku ke dalam ini cerita : :


: : kasut kontot : :

macam kelakar plak rasanya aku pakai kasut muncung kontot ni.
sebab kasut kasut sebelum ni selalu pun mesti muncung tajam.
aku beli kat vincci sebab ada diskaun. siap aku beli 2 pasang.
satu warna krim krim keputihan sikit. tak sampai RM100 pun dedua pasang.
siap ada bentuk padlock tulis vincci tu yang tak boleh bla tu.
tapi kan, kaki ada sakit sikit la pakai.
jari kaki aku kembang kembang. tu ler pasal.
pakai sesekejap ok kot. pakai lelama tu yang nyit nyit nyit pedih.


: : noreen yang mengetuai tajuk photoshoot ini : :

dah habis sesi photoshoot, aku ngan kaktin berdesup ke the curve sana untuk lunch. makan di TGIF.
lepas tu gi beli karipap kat ikea.
dan kemudian makan tutti frutti. wuhuuu….

jumaat yang indah.
jumaat yang barakah.
:-)


Categorised as: Myself | Office

Comments are disabled on this post


25 Comments

  1. watie says:

    semua pun comel dan kiut..eh tetiba suka tgk tudung kaktin tu..

  2. pa'e faizah says:

    korang ni kerja ke tak ni? #tetiba
    confius aku..

  3. Cik Lily says:

    lawanya nyer coat kakak…..jeles :(

  4. wida says:

    siap ada padlock..agak2 kalau takut kena curi, leh kunci..hehe
    kelakar pulak [sori yer sis, sy tergelak terbahak-bahak ni]

    aduh..ilang ngantuk ptg2 ni

    • Mya says:

      tapi comel kan padlock tu..
      tak penah nampak lak kat vincci kl.
      tu yang bila jumpa kat taiping terus sambar sampai 2 sekali..

  5. purpledi says:

    photoshoot utk majalah ke apa?

  6. sw33tdarling says:

    mcm byk benor yg ko makannya.. TGIF, pastu karipap ikea pastu eceecececeeee dah pandai bertutti frutti sendiri nampaknya….

    • Mya says:

      aku makan sikit2 jer nokss.. bkn banyak mana pun. perut ku kecil dowh…
      err err tapi tutti frutti tu pun bukan aku yg beli sendiri.
      aku tumpang makan jer he he he

  7. lunaticg says:

    Salam ingatkan tadi photoshot untuk PM opening ceremony.
    Bestnya keje kat BNM kan? :)

  8. TiNiE says:

    aiyoo turbo la sgt keta aku tu wei…muahahaha
    tapi kan, rasa cam enjoyss giler ari jemaat aritu…
    ke pasal tak keje??? heh

  9. eLLy says:

    scarf kamu memang cantikkk (L)

  10. Masy says:

    tutti fruti! naaaaakkkkk