Open House B**

hari selasa hari tu ada open house kat office B** ni ha.
so dicongak congak, dah 7 tahun lah aku beraya sebagai warga B**. wut wut.
pepagi liyana ajak posing posingan.
jadi posing posingan lah kita.


: : cikyah, yana, kak as, mya, umi, kak noni : :

pukul 12 tengah hari tepat kaktin dah roger roger so turunlah aku dengan sarah, anak kak as ke tempat makan makan diadakan.
pusingan pertama makanan yang aku amik ialah daging, ayam, roti dan tapai.
tapi tapai kali ni tak kick lah.
kaktin kata mungkin beras yang digunakan agak berbeda. huhu.


: : mya, sarah besar, sarah kecik, aaliyah, najihah & kaktin : :

pastu gigih beratur panjang untuk amik cendol ni.
lelepas tu pun kemain panjang ok orang q.
tapi memang sedap pun cendol ni. menjilat lidah sendiri!

lepas kaktin beredar membawa anak anakkondanya, aku sambung lepak dengan sarah lagi.
pastu naza, remember & hasinah plak join.
naza dok menciwi dapat amik gambar dengan governor.
dah la yang amik gambar tu plak laki aku. bencik!

lepak dengan diorang aku makan lagi.
makan buah, makan mee rebus, makan kuih muih.
pastu hasinah gi amik char kuey teow ni.
sedap! terbaik ah… (Y)


: : lihat background. meriah bukan? : :


: : hasinah, remember, mya, naza : :

encik z macam biasa lah, bertugasan sesadoo..
tu pun sebelum majlis dia tanya ‘awak nanti macam mana? awak nak makan dengan siapa?’
hek eleh. macam la seselama ni dia pernah duduk makan dengan aku kan. never ok.
aku jer pandai pandai sendiri cari member.
tapi ok jer kot.
bukan sekadar isteri mithali, tapi jua isteri berdikari *uwekkk

dah habis semua nak gerak, aku pun berjalan la lenggang kangkung ke arah lif.
tiba tiba dari kejauhan nampak grup mommy mommy gorjes dan anak-anak diorang yang comel lote.
terus menyelit nak bergambar.

dah takde space, tu terpaksa duduk tetengah tu.
walhal punggung aku sipi sipi jer kat kerusi tu tau.
tapak kasut dah la licin, sikit lagi nak terpelot.

suka sangat aku tengok diorang ni.
dengan anak anak semua. cam mencomel jer.
budak budak ada yang dah meragam.
yer la dengan penatnya, dengan panasnya.
siap dah susun nak amik gambar diorang.
tapi tak jalan, merengek sudah. tapi tetap comelll!!!


: :erin + qaisara, ila + alamak nama anak ila taktau huhu, mya, farah + syirah, ayu + qareena : :


: : kemudian dengan tak semena mena jue plak muncul : :

aku yang elok dah nak balik office ni, tak semena mena jugak ikut jue ke tempat makan makan semula.
mengecek nasi apa ke si jue amik.
pastu tiba-tiba dapat whatsapp (cehhh perlu ke mention?) dari shida.
dia pun datang gak dengan ara dan dhia.
so gi jumpa dia jap.


: : ara tengah takde mood, dhia pun takde mood. eh shida pun sebenarnya takde mood kot. #eh? : :


: : mya, shima, sury : :


: : mariah. dia yang snap gambar di atas nun. parkinson ko kan mariah? : :

dah habis sesi salam menyalam, baru lah aku naik ke office.
tetengok umi bawak anak dia datang.
waduh waduh kok comel sungguh.
terus aku dukung bawak lari. gi depan kipas.
dok mengacah acah dia depan kipas tu.
kemain mengekek dia gelak.
pastu baik hati siap suapkan aku biskut yang kat tangan dia tu.
alolololo… auntie love u la iman!! (L)

#tetiba kelihatan jeles plak lesung pipitku itu #eh? 😛

oh jubah tu aku beli kat bazaar ramadhan kat luar jusco wangsa maju.
tudung plak aku dah beli lamaaaa gilaa kat jalan TAR 🙂

29 thoughts on “Open House B**

    • akak nampak dia masa tengah makan. tapi takkan nak kejar semata2 nak bergambar kot???
      malewww la sayerr…
      waaaa….

  1. ok sungguh muslimah sekali, sy sendiri pun belum pernah berjubah, kena kurus lagik nih baru boleh berjubah kang ada yg kata hantu kak limah datang.. 😛

  2. akak
    uncle saya xde ke?
    ke department akak je
    redza minhat pun xde ke?

    eceh, byk tnya pulak saya kna.. hehe

Comments are closed.