Nasi Ayam & Sphagetti Bolognaise Yang Lazat!

jumaat & sabtu lepas back to back jemputan open house yang aku terima.
setengahnya aku kena tolak awal-awal sebab tau memang tak sempat dan pasti akan terkejar kejar.
tapi yang pertama ini memang tak boleh tolak sebab dah plan agak lama jugak.
sesi potluck kat rumah pae.
nama potluck tapi aku tak bawak apa pun.

eh sebenarnya aku dah janji nak bawak sebiji tembikai.
so pagi jumaat tu bergegas ke NSK nak beli tembikai lah.
tapi manusia punya la meramai, rasa tak berbaloi nak q semata mata kerana sebiji tembikai.
dah la memang dah agak kelewatan masa tu.
lain tahun la aku bawak tembikai ek korang..

so terus pecut ke putrajaya. lebih kurang 40 minit camtu sampai la ke rumah pae.
memang timing baik punya, ngam ngam sampai sana dengan amy.
sampai sampai terus nampak ini budak kecik tengah terlentang tidur.
geram betul aku tengok dia. rasa nak penampau jer.
suka suka nak penampau anak orang kan? 😛

antara hidangan di hari kejadian.
ada sphagetti bolo ernie masak. sedap ai tell u.
pastu nasi himpit dengan rendang daging tu amy bawak.
hidangan utama ialah nasi ayam. pun sedapppp…
terer diorang ni masak. mengkagum kagum haku.
aku jugak la tangan pengkang pegang sudip senduk. tsktsktsktsk..


: : menjamu selera : :

masa kaum adam gi solat jumaat, masa yang ada kami gunakan sepenuhnya untuk meng update cerita satu sama lain.
ecewah macam banyak nau cerita kan.
tapi aku adalah bersyukur dikurniakan kawan kawan seperti mereka ini.
khusyuk jer dengar aku bercerita. dan sentiasa bagi sokongan waktu aku dalam kekecewaan dan hati terluka.
(L) (L)

: : tengok album kahwin pae : :

sebelum gerak, cam biasalah kena bergambar buat kenang kenangan.
siapa tahu di suatu hari ada hati yang berubah, ada rasa yang gelisah, ada perasaan yang amat gundah, gambar-gambar ini kekal menjadi kenangan terindah.
apa hal aku puitis sangat ni?

kami bersama suami-suami. eh kecuali amy.
suaminya bekerja keras, mencari sesuap nasi untuk amy dan anak-anak.
yang penting, masyukkk…


: : suka gambar ni sebab muka aku macam muka encik z kan? eh ke muka encik z macam muka aku? : :


: : fad, ernie, nur’ ain, koko, pae, ika, amy, zulfan, mya, encik z : :


: : pemandangan dari atas rumah pae. lawa! : :

tq korang sebab arrange makan-makan dan perjumpaan ni.
sphagetti sedap, nasi ayam sedap, nasi himpit & rendang sedap.
nanti ada rezeki kita jumpa jumpaan lagi k. muahss… (K)

14 thoughts on “Nasi Ayam & Sphagetti Bolognaise Yang Lazat!

  1. bila nak potluck kat rumah sy pulak, takper bawak badan ngan perut jer..nak bawak tupperware pon boleh 😛

  2. bila nak buat potluck kat sini pulak, takper datang bawak badan ngan perut jer..nak bawak tupperware pon boleh 😛

  3. “siapa tahu di suatu hari ada hati yang berubah, ada rasa yang gelisah,
    ada perasaan yang amat gundah, gambar-gambar ini kekal menjadi kenangan terindah”

    … semoga hari itu takkan pernah kunjung tiba. dan semoga hari esok kita kan terus mencipta kenangan. 🙂 (L)

Comments are closed.