Menyesal Aku

hari sabtu gerak balik KL pukul 8 pagi camtu kot.
lepas subuh la sangat kan.
ok jalan clear takde sangkut jem ke hapa.
11.30 pagi camtu dah selamat sampai jasmine.

encik z membuta sampai petang.
aku keboringan lalu menonton tv sambil layan program raya.
sib baik sebelum tu dah masak nasi sesiap. takde la lapar nau.
nasi + telur dadar + sambal sardin + ikan masin.

menjelang petang rasa cam boring lalu mengajak encik z menonton final destination 5.
hari tu kan tak dapat nonton, yang tetiba nonton the rise of the planet of the apes tu.

malas plak nak ke mbo ampang.
so masuk website nak beli tiket kat wangsa walk jer.
sebab tak boleh nak print confirmation so kita snap gambar senang.

sampai kat wangsa walk, encik z sudah teringin nak makan kat popeyes plak.
sebab asyik dok dengar cakap orang jer kan.
aku tak berapa lapar so cam MOJ.
aku makan yang ada ikan & sotong tu.
encik z makan yang ayam.
ok la biasa biasa jer kot kan?

tapi aku suka mashed potato nya.
dalam tu cam ada rasa daging daging sikit.
better kot dari kat KFC punya.
air plak yang pop pop tu.
ada flavour. mango kot tak silap.

waktu menonton pun bermula.
aku dah tak ingat sama ada aku ada nonton ke tak semua final destination sebelum ni.
yang 1st ada, yang lepas lepas tu cam dah tak berapa sure.

tapi ko pun tau la kan, dah nama nya pun final destination.
memang tak lari la jalan ceritanya.
sama je kot.
ada sorang yang boleh nampak bayangan kematian.
kemudian kematian dielak.
kemudian seorang demi seorang mati.

cara kematian pun semua mengerikan.
kepala tersangkut la.
jatuh dari bangunan la.
tercucuk duri la.
bangunan runtuh la.

aku tengok siap tutup tutup muka dengan jaket.
mengalahkan tengok cerita hantu plak.
bukan apa sebab tahap kengerian terlampau expecially yang bab mata tu.
yang mata kena lenyek tu.
cam apakahhhh????
dan dan terus rasa menyesal nengok cerita nie #dasarputnam

siapa yang dah nonton final destination 5 ni, apa komen?
acer citer..

21 thoughts on “Menyesal Aku

  1. salam mya..kty pun nonton FD nie dari yg 1..kedua…ke 3 tak nengok..ke 4 dan ke 5
    tapi rasanya kty suka yang ke 4..
    tp tulah kan ..jalan citer sama je..

  2. huhuhu..tgk trailer dia je pun memang dh angkat tangan surender takmo tgk..tp tu la..nama pun Final Destination..tp x final2 pun..hehe. Sy suka FD 1 & FD2 je…tu je kire logik cara kematian..yg lain tu..dh start merapu..

    tp ni tgh plan nak layan Cars2 ngan smurf :p

  3. belum nonton. tapi yg sebelum2 ni tak pernah ketinggalan.
    hari tu mcm nak tengok FD5 ni tapi macam sang somi taknak. katanya sama je ceritanya yg lepas..dah tau jalan cerita..satu-satu mati. kira dah tau kesudahannya…
    sokay la..tengok la Colombiana. best!

  4. Along tgok 3D kat pavilion…memang sepanjang masa tutup muka..xde along nak tgok part2 kejadian tuh…giler…gugur jantung den…darah terpercik tuh mcm tersirap kat muka ko…sumpah x nak tgok lagi dah…

  5. Aku xleh dah tengok citer ni.. kang muntah! cukup la aku tengok yg sebelum2 ni.. pun dah mabuk2 pening kepala… kengeriannya tahap maxima melampau.. tak tertanggung fikiran & perasaan aku.. hahahah

  6. aku dulu tgk cerita final destination brape ntah teros xbleh tido mlm
    mcm2 aku pk kan
    pk psl kematian ler..
    tp insafnye tak jugek :p

  7. ngeri masa duk meniti kaki terkena paku tp tak kena2… last bkn sbb terkena paku dia mati tp sbb terkena tepung.. huhuhuhu [opss aku tak tgk kat wayang]

Comments are closed.