Manusia Boleh Berubah

Asal kawan jadi lawan.
Asal lawan boleh bertukar jadi kawan.
Asal suka boleh jadi benci.
Asal benci tak mustahil bertukar jadi suka.

Sekadar mengungkapkan beberapa kitaran kehidupan serta perubahan kita sebagai manusia. Sama ada kita sedari mahu pun tidak. Bila diselami setiap detik ada perubahannya. Cuma memang kita jarang menyedari.

Namun perubahan emosi adalah paling ketara walaupun kita (diri sendiri) tidak merasakan apa-apa perubahan, usah dibohongi mereka yang di sekeliling. Dari riak wajah, dari lontaran kata-kata, dari sorotan pandangan mata malah dari helaan nafas juga mampu mentafsirkan beribu makna.

Usah terlalu cepat melatah dengan perubahan yang berlaku. Usah kita sangka penerimaan orang sama dengan maksud sebenar kita. Juga usah terlalu mendambakan apa yang kita hajati ditunaikan mengikut acuan yang kita sediakan. Siapa tahu kan? Rambut sama hitam (andai tidak diwarnakan blonde) tapi hati lain-lain.

Lalu,

Usah biarkan perasaan menguasai pemikiran.
Usah biarkan nafsu mengaburi pandangan mata hati.
Usah benarkan kawan bertukar menjadi lawan.
Usah dilenyapkan perasaan suka untuk ditukar dengan benci.

Sayang benar jika nilai persahabatan tercalar dengan keraguan yang sia-sia.

Kredit : http://madulebah.blogspot.com

14 thoughts on “Manusia Boleh Berubah

  1. pasrah dan redha mengenangkan nilai persahabatan yang telah tercalar

    pssttt entry ulang tayang nampak 😉

Comments are closed.