Makan Makan di Rumah Amy

dimulakan dengan gambar makanan.
amy dah memekak mekak kata makanan dah tinggal sipi sipi baru sibuk nak snap gambar.
aternya sampai sampai terus ngapp..
mak lapar nak..

aku tambah laksa 2 kali.
pastu makan lontong dengan nasi himpit.
laksa ko terbaik nokss..
seriyus sedap (Y)

pastu amy siap tapaukan lagi untuk aku ketupat kelantan ngan rendang daging.
sebab banyak terlampau, so aku bawak gi office sikit.
licin boliau ko.. so memang sedap la noks. sila lah membangga diri. #eh?

amy dok cakap lapanploh kali ni bukan open house.
ini jamuan untuk kawan kawan yang nak datang beraya.
kawan kawan blogger dia kata nak datang beraya, so dia masak sekalian dia ajak la kawan kawan rapat yang lain. begitu.

aku salah satu masalah yang selalu bermain di fikiran kalau nak buat makan makan ceni gak la romannya.
kang ajak dia ni, tak ajak dia tu, terasa plak.
kang ajak si polan, nanti si polan lain tanya, eh tak ajak si polan ke?
stress okkk..

aku ni bukan kaya raya nak ajak semorang.
dah la rumah pun besar sikit jer dari kangkang monyet.
kang bila jadi isu di atas takut jadi cam tak ikhlas pulak. sebab tu la tak pernah pun aku buat open house bagai ni.
tapi tapi tapi.
tahun ni cam teringin bebenau rasa nak buat.
kalau ada antara korang yang baca blog aku ni, aku
tak ajak, korang sentap tak??
tsktsktsktsk..


: : matikk la tetamu dok atas kerusi. tuan rumah dok bawah : :

masa aku sampai tu lynn sorang jer ada.
so memang sedap la makan makan makan.
borak borak borak.
ingat nak gerak balik kul 6.30petang camtu.
pastu kakred kata dia akan sampai rumah amy around 7.30pm.
gigihla kami menunggu.
rupa rupanya. makcik tu sudah stucked di bangi sana.
lain tahun je la kak kita jumpa. heh.

caner korang? sentap tak kalau aku tak ajak?
ke ada korang kisah??? :-[

38 thoughts on “Makan Makan di Rumah Amy

  1. sentappp kak…sampai ati tak ajak kan…yer la sapa la saya nie kan ;-( …
    huhuhuhu tak da la its okey…no hard feelings… (L)

  2. saya tak kisah kak. ikut tuan tanah la..
    nak jemput, jemput..
    taknak jemput pun, takpe..takkan nak paksa2..eh pesal ko tak jemput aku? dahhhh #sentap #ntahapaapa

Comments are closed.