Kosong

Mungkin akan tiada lagi 3 entry pada suatu hari.
Mungkin cuma satu sehari. Atau selang sehari.
Paling tidak, mungkin cuma entry monolog atau informasi.
Mungkin juga tiada langsung nanti.

Aku mahu mencari ruang. Mencari sesuatu yang telah hilang.
Yang telah lama aku tinggalkan.
Banyak perkara yang aku mahu lakukan.
Tapi tidak tahu di manakah aku patut bermula.
Juga tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Kosong.