KL ke Taiping

hari ahad plannya nak bertolak balik taiping lepas subuh.
konon la kan..
tapi lepas subuh tidur balik sementara tunggu kaklong sampai hantar caca.
yer caca dipos balik dengan aku sebab kaklong abang long kerja hari isnin.
nursery caca plak tutup.

so lepas caca sampai mandikan dia apa semua, dalam pukul 10.30 pagi camtu baru gerak kot dari jasmine.
merisau jugak la takut caca meragam ke hapa kan.
dah la sebelum nak gerak tu dia dok ‘ibu… ibu…’
abang long dah ‘haipp haipp’ dah.
terus diam.

ok pujuk pujuk kata nanti nak beli kan dia sosej.
stop kat rawang beli sosej ngan air.
pastu bagi susu. terus kong tidur sampai la kat taiping.
senang kerja mommy. heh.

jalan sesak kejap la kat slim river ngan kat terowong before sungai perak tu, tapi kejap je kot.
eh ke aku yang tak perasan sebab membuta sepanjang jalan? heh.
yang penting tidak lah tersangkut berejam rejam gitu.
pukul 3 lebih petang camtu dah selamat sampai taiping 🙂

aku kan tak puasa kan. so sampai taiping jenguk la tengok mama masak apa.
nasi ulam!!! mama tau aku memang hantu nasi ulam, tu sebab dia masak.
so apa lagi, tarik pinggan. bubuh nasi ulam. dimakan bersama ikan masin dan sambal belacan.
begini! (Y)

ni plak antara hidangan berbuka.
nasi ulam + sambal belacan + bawal goreng + udang petai + sup ayam + teh o.
aku makan jugak tapi lewat lewat sikit. tak boleh tahan oh nak merepeat nasi ulam.

malam, teman diorang berdua main bunga api.
banyak jugak stok bunga api encik z beli, abang long beli.
rasanya sampai hari ni tak habis lagi main kot.

keesokan hari. keluar gi giant beli barang dapur sikit.
haruslah kena bawak 2 orang ni kan.
pastu gi taiping sebab nak cari baju melayu adil.
aku yang paksa paksa dia pakai merah, tu sebab aku kena carikan jugak.
katanya dia dah cari kat kl, kat taiping juga tapi takdok.
ada tu ada tapi takde saiz la. takpun baju jer, seluar takde.
dan sampai ke sudah memang takde pun. kesian.

aku malas nak menaip dah sebenarnya.
so kita tutup cerita ramadhan kat sini yer.
next week update semua pasal raya.
aku akan cuba update laju laju supaya kisah tak basi. 🙂

14 thoughts on “KL ke Taiping

  1. suka bila ada entri caca. 😀
    awak ni cantik la caca oii..muka fotostat mama awak…
    err mommy cantik jugak! 😀

  2. eh kuar lebih kurang kami gak lah gitunya.. tp smpai slim river kami kuar lalu jalan dalam.. lancar zup zap.. singgah rumah abang kami kat kampar dulu dah kebetulan dia belum balik kg.. lepas zohor baru gerak balik.. berenti sungai perak beli buah2an smpai rumah dekat2 kol 5 kot.. hujan memanjang haritu, sampai ke subuh hari..

    eh tetiba komen macam entry blog pulak kami ni.. kikiki

    • tu la dedua malas nak jalan la teww…

      hah insyaAllah kalau ko gi taiping, mek suh mama mek masak ek..

Comments are closed.