Ke Raihana Child Care Centre

aku dapat jemputan dari wany untuk attend majlis akikah dan majlis hari jadi anak anak dia.
memandangkan aku pun cam dah lama gila tak jumpa dia, so memang dah set la nak pergi.

wany ni dulu staff B**.
masa memula aku joint B**, memang dia ni la antara kengkawan terawal yang aku kenal.
masa tu seksyen BMC wujud lagi.

sekarang dia dah tak kerja dah.
dah run business sendiri. bukak child care centre.
syok kan?
takyah dah fikir nak gi office kerja dah.
boleh run business dan boleh jaga anak anak jugak.

dia buat majlis ni kat childcare centre dia kat viva mall jalan ipoh sana.
sampai sampai salam peluk ciyom terus serbu makanan.
aku dah memang melapar pun. kepala weng weng dah sebab lapau bebenau.


: : semua pun sedap! : :

daging kambing paling marveles.
encik z yang tak berapa nak makan kambing tu pun bedal sampai lemak lemak diratah.
gamaknya daging akikah dengan daging sembelih biasa beza kot rasanya eh? *ok aku speku sendiri


: : sebab lama tak jumpa, banyak la cerita yang nak di catch up kan : :

with wany dan anak anak beliau.
yang kanan sekali tu anak dia jugak, takmo pandang kamera plak.
dah la duit raya yang aku bagi depan depan tu jugak dia bukak. *maleww la acik aarez oii..
yang lagi dua tu raihana & raina 🙂

tq wany sebab jemput aku.
ingat jugak ko kat aku walaupun dah lama kita tak jumpa kan.
berhubung pun dalam fb jer.
tah ko baca ke tak lagi blog aku nie?
kalau baca, sila lah mengomen yer.


: : depan raihana childcare centre : :

oh ni sikit info tentang taska raihana.

Menerima bayi dan kanak-kanak berusia dua bulan hingga lima tahun (bagi penjagaan sepenuh hari dan separuh hari) dan enam tahun ke atas (khidmat penjagaan separuh hari)

Selain menyediakan guru agama, pusat ini menerima permintaan kelas tambahan untuk kelas piano dan ballet.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40450252 /017-3665210 atau layari laman Facebook, Raihana Childcare Centre.
Selain kat Viva Mall, Raihana Childcare Centre juga ada di SSM, KL Sentral.

aku pernah blogkan lama dulu kat SINI


10 thoughts on “Ke Raihana Child Care Centre

  1. best kan ada biz sendiri macam ni.. tapi aku tahu, bukan senang nak balik modal bis childcare ni…. kakak angkat aku tu tengah bergelut tu, dah berapa bulan dah asyik pakai duit saving jer lagi.. nak untung mmg makan masa laa

    • nama pun bisnes kan. harus amik masa sementara nak balik modal dan dapat untung.
      kalau aku pun, tak berapa berani kot nak amik risiko..

Comments are closed.