Karipap Ikan

hari tu ada baca kat blog amy pasal karipap ikan.
lalu merasa pelik cam eh eh ada ke karipap ikan?
sumpah tak pernah dengar.
selalu pun karipap ayam, karipap daging atau karipap kentang.

so cakap la dengan amy yang aku nak try karipap ikan ini.
dia kata kena tunggu dia balik ganu dulu sebab karipap ikan ni ada kat ganu ja.
so bertabahlah aku menunggu lepas puasa sebab raya ni dia balik ganu.

hari sabtu lepas gak dia udah roger roger karipap ikan sudah ada.
siap delivery ke rumah lagi.
dalam ni ada 3 bekas. cuma RM10 sahaja.
satu bekas aku bagi mak mertua aku.

dengan tak menahan nahan, terus aku panaskan minyak.
dan goreng 4 ketul.
sebab masa nie encik z tidur.
so aku melahap seorang diri je lah.
saiz karipap ikan ni tak besar sangat, tak kecik sangat.
kata orang melayu sedang sedang saja.

abaikan kuali yang menghitam tu.
tengah kumpul duit nak beli kuali baru.
abaikan jugak rupa paras karipap ikan yang tak hensem tu. apalah ada pada paras rupa.
janji sedap sudah.
nak makan sendiri je pun kan.

ko goreng ikut sesedap rasa la.
kalau nak rangup, tunggu lama sikit.
kalau nak kenyal kenyal, takyah la lama sangat.


: : isi dalam karipap : :

tapi kan, lupa plak aku nak tanya amy, karipap ikan ni isi ikan nya ikan apa.
adakah ikan kerapu, ikan siakap, ikan parang, ikan kembung atau ikan bawal?

tapi yang pasti bukan ikan duyong kan nokss??
ok tak kelakar. bye.

19 thoughts on “Karipap Ikan

  1. nampak macam sedap…sis, tips goreng karipap dengan rupa paras hensem tu..masa nak goreng tu minyak jgn terlampau panas…agak2 dh rasa bahang minyak tu..boleh masukkan keripap..pastuh balik2 kan dia..insyaAllah keripap digoreng cantik jelita..hehe :p

    • woh kisahnya.
      kakak ko ni mmg menggagal bab bab menggoreng.
      ok petang ni akak prektis untuk goreng menggunakan minyak separa panas.
      tq yang for the tips 🙂

    • nanti reramai kita buat rombongan ustajah normaya ke tgnu.
      pastu reramai kita borong karipap ikan 🙂

  2. baru nak tegur minyak ko panas, tapi dah ada orang tegur kira OK la tu… penuh kesabaran nak goreng karipap ni bukan setakat karipap ikan.. apinya kena sedang2, minyak jgn tunggu panas berasap mcm goreng ayam or ikan.

    dan, itu bukan harga jual yaa… itu harga kawan2.. Ori pricenya RM4 sekotak hahahaha

  3. oowwww..nak beli kuali nak kena kumpul duit bagai ye normaya..
    yg kamu pergi oversea 3 kali setahun tu takpe pulak yer…
    errr..ada gaya mak tiri tak? heheh 😛

  4. I selalu gak dpt mkn karipap ikan ni .. Org Pahang panggil temosa… Sedapp kann.. Kalu nk grg api kna kecik giler supaya gelembung2 x timbul huhu.. 😀

    • oh temosa yer.. tak tau nama lain la plak..

      hee baiklah pasni akan diprektiskan cara2 betul utk menggoreng karipap. tq 🙂

Comments are closed.