Cici vs Blood Vessels Tumor

ini anak saudara aku yang nombor 2 dari belah aku.
adik kepada caca.
namanya nur balqis aka cici.
aku rasa last aku letak gambar dia masa kaklong dalam pantang lagi kot?

last aku jumpa dia pun masa nak gi genting highlands hari tu.
jumpa kejap kat genting sempah, tak sempat nak snap gambar pun.
so dah jumpa raya ni, aku snap gambar dia dan dah pun mintak izin kaklong untuk buat entry nie.

cici lahir 1 mac hari tu.
so ikutkan dia dah umur 6 bulan lah.
bengkak yang kat pipi dia tu naik masa umur dia 2 bulan lebih.
dah cek jumpa specialist semua.
ikut nama saintifiknya tak silap aku kaklong kata hari tu blood vessel tumor.
ada jugak satu lagi nama hemoglobin blood. macam tu la lebih kurang bunyinya.
tapi dalam nama yang senang ialah salur darah terbelit.

mengikut kata doktor, kes macam ni biasanya bengkak tu akan surut lepas baby berumur 2 tahun ke atas.
dan kalau kata masih tak surut, baru la akan boleh diconsider untuk operation.
kira tidaklah kes ini kes terpencil kot.

cumanya faham lah, bila orang tengok, orang mesti cam buat muka pelik pelik dan tanya kenapa kan.
knowing kaklong yang very the lemah lembut tu, memang akan dijawab dengan sopan santun dan details sangat.
kalau jadi kat aku, mungkin aku menaga kot. heh.

kalau pegang kat bengkak tu, tak keras pun.
lembik jer macam isi biasa.
dan cici pun aktif macam baby baby lain jugak.
takde nampak dia rasa sakit ke apa.
juara menjerit dia ni. semedang nak berdukung.


: : yang merah merah tu darah : :

oh yer doktor ada bagitau kat kaklong, jangan urut urut kat tempat yang bengkak tu.
sebab ada satu kes tu, baby ni bengkaknya kat dada.
parents dia plak boleh gi bawak berurut, salur darah baby tu pecah.
meninggal dia.

so biarkan je bengkak tu.
kita ikutlah cakap doktor. dah doktor kata tunggu sampai 2 tahun kan.
tak lama pun, setahun setengah je lagi. pejam celik pejam celik je.
sekarang ni masa bergerak laju je. tak terkejar kita.

dan oh yer kot sesiapa readers blog aku yang ada experience macam ni, share share lah kot ada tips apa apa ke kan.
sharing is caring.

walau apa pun, kami sekeluarga sayangkan cici.
dan tetap berdoa cici akan sembuh dan sihatΒ  πŸ™‚

34 thoughts on “Cici vs Blood Vessels Tumor

  1. ala…comel nya dia Mya.. geram tgk.
    Tkpe..kut reader lain ada pengalaman leh la sharing2 kan.
    Urut2 tu mmg kena elakkan la, kita yg tua (eh.. tersebut tua lak) ni pun tak bleh main bantai urut2, apatah lagi baby yg masih rapuh ni kan.

    Peluk cium utk baby Cici πŸ˜€

    • tu la tu. mmg takleh urut sebarangan patutya.
      kena mintak khidmat nasihat doktor dulu.
      tapi biasalah mak apak ni kan nak terbaik utk anak dia, kalau blh semua cara yg ada nak di cuba kan..

  2. Semoga Cici cepat sembuh ! and semoga kak long Mya dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah. Amin.

    Salam peluk cium utk cici πŸ˜‰

  3. salam ,, mya .. ank sedara mas sama dgn cici kes nye .. alhamdulillah sekarang dah umo 4 thn dah susut bengkak tu
    kes dia ari tu rujuk ke HKL.. mmg x leh urut .. doc ader bagi krim utk sapu kt pipi tu ja ubt ..try jgk buat cara kg
    tp tak berhasil .. insyaallah nt ok tu yer ,, cici comei sgt ,,

    • harap2 la kan…
      tapi utk cici rasa cam takde plak ubat sapu.
      ubat makan pun cam takde jer.
      tapi once in a while gi jumpa doktor gak la..

  4. oo begitu ceritanya. terima kasih kerana menjawab persoalanku πŸ™‚
    muka caca ngikut kaklong. muka cici ngikut abglong πŸ˜€

    • yer gitulah ceritanya.
      takpe sok cici besar tengok dia ikut muka sapa betul2.
      ni kecik lagi tak berapa nmpk kan..

    • tu la tu. harap2 by umur dia 2 thn akan surut la bengkak tu.
      mmg kesian tengok dia. tapi insyaAllah ada hikmah di sebalik semua ni..

  5. Setiap anak punya keistimewaan tersendiri… InsyaAllah.. Cici akan sembuh dah sehat sepenuhnya satu hari nanti…
    Macam Lala pon ade anak sedara yg istimewa.. Memula dulu pon, ramai yang pelik melihatkan keadaan Adam yang tak sesempurna spt anak2 lain.. Tapi, Adam tetap yang paling istimewa utk family kami… Dia sehat dan SANGAT aktif mcm kanak2 lain… Mulut riuh berkicau… Ape org ckp, sume dia faham.. Kanak2 yang istimewa ni, kita jgn sesekali abaikan dia… Selalu lah beri perhatian yang lebih sbb drg akan rasa sentiasa disayangi…

  6. Salam Aidilfitri utk mya sekeluarga….
    InsyaAllah… Balqis akan ok mcm sediakala…
    ikut je apa yg terbaik mcm yg doktor bgtau…
    comel la dia… dah besar dah pun….

  7. harap2 lps 2tahun surut la benda tu kan
    kalo xsurut bleh la buat next step kan
    auntie doakan cici sehat..ape2 pn ramai syg cici
    mmg comel la cici ni..atee adik caca kan

    beb, aku mmg plan nk gi umah ko..
    tp tup tap tup tap ttibe menjelang hari blk KL..rse kejap nau sume penuh aktiviti..

  8. alahai..comei dan tembamnye cici..geramnya….mesti best kan bau baby kalau kiss dia kan???
    insyaAllah, aini doakan cici akan sihat dan sembuh suatu hari nanti..sama2 kita berdoa dan bersabar….

  9. Ala ciannye..x tahan tgk klu budak2 kena sakitkan Kak..hope Cici akn smbuh bila smpai waktunya,by dat time blh jugak usaha cari alternatif lain..mana tau bkesan ke kan…tp apa yg doc x bg tur elok follow jek…

Comments are closed.