Bersiap Sedia

tiba tiba aku nak buat entry majlis kahwin aku dulu, boleh?
walaupun dah 2 tahun lepas.
mesti korang pun dah tak kuasa kan nak baca.
tapi aku nak buat jugak lah, buat kenang kenangan di hari muka.

ada orang kata tak elok jaja jajakan gambar tak bertudung kalau ko sekarang dah bertudung.
yer yer aku terima kata kata itu.
so aku nak mintak korang anggap korang baca entry ni sebelum aku bertudung. aci ke centu? tsktsktsk..

yang jadi lambat aku update ni bukan apa, sebab ko tau la nak tunggu gambar gambar semua siap dari photographer dah berbulan bulan.
pastu saiz semua pun bapak besar ko nak kena pilih dulu.
pastu nak kena resize edit bagai.
nak upload ko jangan cerita kan. kalau line internet berdesup takpe gak, ini semua pun laju sikit jer dari siput sedut.
nak cari mood bercerita lagi.
last last terus pemalas lipas.

lagi satu sebab aku punya hosting domain ni dah nak expired bulan depan. tapi space banyak lagi.
takkan boleh carry forward kot.
sapa tau? boleh carry forward ke tak space yang tak digunakan ni?
kakred? amy? mimie? bro JMR?

aku rasa nak downgrade package la.
tak mampu kot nak bayar elite package tu.
pasni gambar gambar semua aku nak host kat tempat lain jer huhuhu.
eh tiba-tiba cakap pasal blog plak. ke laut ke laut.

ok kita teruskan.
pada sesiapa yang baru baca blog aku ni.
aku nikah 5.12.2009.
majlis sanding kat taiping buat 2.1.2010.
majlis kat segambut plak buat bulan 3. tarikh tak ingat dah.
tu nanti la kita cerita lain yer.

aku tak letak semua gambar la.
aku letak yang sesuai untuk menggambarkan jalan penceritaan, ote?


: : tengah buat laluan : :


: : bersiap sedia untuk dimekap : :


: : sedang dimekap : :

kaklong tak berapa puas hati dengan mekap sebenarnya.
dia kata dia mekap gi kerja lagi tebal tau.
so dia sudah ejas ejas la mekap aku tu bagi nampak cam pengantin.
aku bayar pak andam ni murah jer, so cam malas la kot nak bising bising sangat.
janji ada sudah. dasar kan?

aku memang nak buat sanggul besar ceni.
tapi tu la tak berapa menepati citarasa kot huhukss..

eh eh tiba tiba encik z ada kan?
aternya nak bersiap sesama.
kalau tak sapa plak nak pakaikan sampin segala.
lepas siap tu, dia cross jambatan kecik belakang rumah aku gi ke homestay yang family dia duduk.
sampai la kemudian nak bersanding baru berjumpa.

ok pasni sambung pose pose dalam bilik plak.
walaupun bila lepas aku tengok semua gambar rasa cam getik ya ampun. heh!

24 thoughts on “Bersiap Sedia

  1. eeeeeeee
    iLa gedik tau
    mmg suka baca pasal kawin-kawin..

    seronok bila imbau kenangan pertama kali diijabkabulkan
    persedian
    langau-langau di sekeliling yang kena tepis..

    huhuhu..sangat sangat suka..
    teros teroskan menulis..nak baca lagik

  2. ni baru nama raja sehari . kuning ! suka2..songket eh sis…? susah tau nk jumpe pengantin pakai songket skrg…(saya suka songket) hehehe…

  3. eh..sis nikah sama waktu sy deliver anak saya, waiz!
    05.12.2009..hehe

    rasanya sis pernah bagi tau pasal tarikh nikah tu…emm lupa

  4. kah kah kah… hangpa nak tau dak, kami pun baru nak up entry kenduri kami haritu gak… tetiba ja kan.. pastu kami nak up entry bersalin pulak.. ha ha ha.. rasa nak wat kenang2an jugak gitu..

    tapi kan.. tunggu feel mari lagi banyak lah.. ni asik la tersangkut2 nak update blog.. :p

    • hah sila up. lama pun lama lah janji ada kenang kenangan kita kan.
      tapi tu la memang nak menulis ni kena ada feel.
      tambah lagi entry2 kenangan ni kan.
      kalau tak ke laut la jawabnya

  5. tetiba aku gedik nak hapdet mcm nie gak…. buleh tak? hahahahahah…
    alahai…. tapi gmbr aku pki kodak… bukan digital… ces! leceh la….

    sejujurnya aku tak tau pun ada limit2 quota2 nie… hahahaha…

Comments are closed.