Bakso Bakso….

dari klang patutnya aku ke sri hartamas, rumah fin.
tapi dengan hujannya, dengan jalan sesaknya, terpaksa kensel.
sebab adalah tidak syok sampai di rumah orang di waktu maghrib.
jadi terus ke jusco AU2 untuk solat maghrib, then terus gerak ke rumah ita kat setapak indah.
sesat barat jugak cari rumah dia walaupun aku setapak jaya, dia setapak indah.
tapi bukan sebelah menyebelah yer kawasannya.

ita memang dah bagitau awal awal dia akan masak bakso.
so sampai sampai terus cari bakso dia he he he.
dari klang ke KL lagi la menjauh kan. harus perut melapar sudah.
so melahap bakso lah aku.
makcik ni pun terror masak jugak.
ah stress stress. kenapa kawan kawan aku terror masak? kenapa aku tidak?? aaaaaa…


: : selain bakso ada sphagetti, ada popiah. dan ada jugak kek batik. aku dah mintak resepi kat ita, wajib aku try buat kek kek batik ni nanti. hmpff hmpfff : :


: : iklan : pengumpul fridge magnet tegar gak makcik ni : :

ingatkan aku jer yang tetamu akhir malam tu.
tup tup ada kawan si ita, retna & farihah sekeluarga muncul.
so meriah uolls la ramai ramai camtu.


: : retna & abin udah mau gerak pulang dulu : :


: : retna, ita, mya, farihah : :

bila view dari pc baru perasan si aliff dok meniarap camtu cakap dengan abang nya.
dia tak pedulik pun orang snap gambar ke hapa.
pastu ada adegan makan maggie beramai-ramai 3 beradik ni.
so comel 😉

kepada ita & yanin, mekasih jemput aku ngan encik z datang beraya ke rumah korang.
bakso ko memang terbaik wok. boleh bukak kedai ok.. 🙂
tapi aku nak jugak rasa nasi ayam. *matikk la demand pulak.
#okbai

22 thoughts on “Bakso Bakso….

  1. tq sbb sudi dtg juga..
    ya..boleh dipertimbangkan jualan secara kedai bermotor mcm kt indon tu..haha
    nasi ayam?boleh..boleh..next raya..kalo aku x pregnant la ye..hahahah

    • tak dapat aku nk bygkan yanin bawak motor jual bakso.. ko plak tolong jual kan.. he he..

      ala kalau pregnant pun boleh apa.
      aku datang tolong goreng ayam 😛

    • salah satu motip aku ke rumah ita ni sebab nak tengok rumah dia gak.
      dia renovate dapur tu, lawa jer.
      dapur rumah aku? hancooo….

Comments are closed.