We Are Beautiful

last friday ada sesi ceramah kat office aku ni ha.
sebelum ni aku dah termiss sesi ustazah siti nor bahyah, so kali ni takmo la terlepas lagi.
especially panel jemputan adalah wardina.
ceyyy.. bila artis jer lajuuu jer ko kann..
ok selain wardina, ada jugak dr harlina halizah, seorang professor madya.

bila wardina sampai jer harus mata tak kedip kedip dok tengok dia.
dah la pagi tu aku baru layan youtube ini kisahku wardina safiyyah.
terus cam apa yang dia cakap dalam youtube tu cam satu satu terngiang ngiang kat telinga.

ceramah yang diberi adalah best.
macam tajuk yang diberi lah. we are beautiful.
maksudnya kita wanita semua pun adalah cantik.
dan Allah sayangkan kita.
makanya kalau Allah sayangkan kita, kenapa kita takmahu sayangkan diri sendiri?
begitu.

usai ceramah, solat zuhur berjemaah.
lepas tu semua pun dok sibuk nak bergambar dengan wardina.
aku pun menempek la tumpang sekaki.

aku rasa muka aku cam comot gila masa ni.
so aku crop la ah.
korang pun bukan nak tengok muka aku, nak tengok muka wardina je kan kan kan?

oh, salah satu perkongsian yang dibuat oleh wardina ialah, katanya untuk bertudung ni tak boleh ada paksaan.
kena datang dan lahirnya dari hati sendiri.
sebab kalau dari paksaan, ia takkan bertahan lama.

renung renungkan dan selamat beramal 🙂

20 thoughts on “We Are Beautiful

  1. ehh kebetulan plak, imej bunga tulip kat skrin tu adalah imej bunga tulip yg sama yg kami print kat kad kawin kami hihihi…pae mmg suka tulip. kebetulan juga smlm kami dok borak2 pasal hal bertudung-tudung nih n wardina (nasihat dia) juga adalah subjek dalam borak2 kami tu…haihh banyak sgguh kebetulan kan.

  2. cantik sgt dia wardina 🙂
    dulu2 pn aku suke dia zaman dia seksi meksi
    tp skrg lagiiii suke..
    org yang sgt2 ade pendirian yg kuat bg aku

  3. kan dah kata tu..”we are beautiful” tu. nape nak rasa mencomot plak..
    tak la..beautiful 🙂

  4. wow bestnya dedua panel itu kami suka..

    3 minggu lepas rasanya wardina jadi jemputan kat ikim.fm… best sangat apa yg dia cakap, sampai bergenang ayaq mata kami.. dan kita manusia ni adalah secantik2 kejadian Allah..

    .. dengar lah pengalaman orang yg dah buat penghijrahan macam Wardina, catriona (sekadar menyebut beberapa nama artis-sebab itu yg cepat sangat kita nak terikut) memang sangat menyentuh hati..

    dan bak kata Prof Dr Muhaya, kita adalah apa yang kita baca, tonton dan dengar.. hidup ni apa yang kita kejar adalah redha Allah bukan penghargaan manusia..

    ingatan untuk kami sendiri juga 😉 *hug*hug lagi

    • sekarang ni kami pegang tiga benda.
      hidup untuk mencari 1. keredhaan Allah SWT 2. keredhaan suami 3. keredhaan ibu
      semoga jalan hidup kami dipermudahkan. amin…

    • errr.. tak ah.. mmg mencomot betui masa ni..
      wajah baru? err err.. nanti sure ada punya. tungguuu… he he..

Comments are closed.