Tanah Lot

sambung kisah bali. he he he (gelak nervous)
pasal senyuman momok tu aku hold ah.
aku habiskan dulu kisah bergambar.

ok hari ketiga di bali. kami dibawa ke tanah lot sunset tour + bedugul. bukan badigol ya.
aku rasa korang yang tak pernah sampai bali pun mesti tau ja pasal tanah lot kan.
memang wajib kalau gi bali ko kena ke tanah lot.
kalau ko tak gi, tidak lengkaplah percutianmu ke bali.

kalau orang tanya, ko gi bali hari tu ko gi tanah lot tak?
ala tak pegi la tak sempat.
maknanya ko belum sampai bali lah.
begitu.
maka nya, sila masukkan tanah lot dalam itinerary ko yer..

oh kalau ikut dalam timetable ni, akan ke tanah lot sebelah petang.
tapi pak million cadangkan pergi sebelah pagi sebab dia kata petang takut hujan lah pula.
kami kami ni ngikut saja pak.
so ke tanah lot kita.

cerita banyak tak guna.
ko tengok je la gambar yang ada ni ha.
mekasih pak million sebab tolong snap kan.
memula naik kat belah atas.
so bergambar berlatarbelakangkan pemandangan di bawah.

kemudian turun ke belah bawah plak untuk bergambar.
diorang semua pakai kasut so semua pun tak berani nak turun ke dalam air.
aku memang dah tau tempat ni ceni, awal awal aku pakai selipar.
so aku sorang je la turun ke dalam air.
miahahahhaa..

sangat indah ok ombak kuat menghempas ke batu.
pastu cuaca tak panas tau.
alhamdulillah sepanjang aku kat sana, memang cuaca sangat redup.
walaupun ko tau bali kan semorang pun kata panas panas.
tapi masa aku pergi tu memang sangat nyaman.
tak sempat peluh nak tik tik tik mengalir, dah redup balik.
lucky me.

pak million kata mungkin sebab masa tu kat australia winter.
bali kan dekat dengan australia.
so mungkin sipi sipi winter tu terbang ke bali.
so kalau ko nak pergi ke bali, silalah pergi dalam bulan 6 ya..

encik z dah naik atas batu masa ni.
semua pun dah naik la.
aku je sorang sorang.
tiba tiba ombak kuat besauuu tau.
encik lak panik kat atas tu jerit ‘ooiiii normaya naikk.. oiii oiii naik laaa’
porque betul kan panggil isteri begitu. #sentaphatimaknak

aku pun naiklah dengan penuh kesedihan di hati.
ok poyo.

kemudian pak million tinggalkan kami kat area shopping dalam sejam setengah.
ok shopping time!

18 thoughts on “Tanah Lot

  1. Bestnya ke bali ya…Cantik betul kat tanah lot tue…..Kalau petang mesti lagi cantik….Bila nak melancong ke sana nie….huhuhu Bulan 10…sepupu nak ke bali….jelesnya..

  2. I LOVE BALI! and missed it sooo much! dah pegi 3 kali pun tak boring2.. kalau ade rezeki dan peluang lagi.. memang nak pegi lagi! hehehee.. 😀

  3. bestnye..cuak sgt kot ombak besar teros kuar normaya oiii dr mulut suami..hehee
    tp aku tgk pn cuak gambar ombak tu

  4. ingatkan Tanah lot tu cam kawasan perumahan kat Msia…hihihihiii
    1 day kena g jugak ke Bali nih… (H)

    • ekekekke… bukan ya… kat malaysia yer tanah lot perumahan.
      kat bali tanah lot pantai pantaian..

Comments are closed.