Sukarnya Menerima Kenyataan

sebenarnya aku kalau boleh nak skip dah entry ni.
tapi bila tengok pihak di sana teruk betul menghentam kawan aku ni, aku rasa biarlah aku tampil membuat penjelasan *wah feel feel dalam mahkamah nih.

apa yang kawan aku ni alami, tu dia pun dah cerita sendiri.
so biar aku plak cerita bahagian aku. apa yang aku alami.
pengalaman sendiri. dan entry ini aku taip dengan kerelaan jiwa raga aku tanpa paksaan mana mana pihak *ceh ceh lagi macam dalam mahkamah

EDITED :
dan sila bear in mind yang entry ni aku dah taip sebelum aku ‘berhijrah’.
jadi sila excuse kata kata kesat dalam ni.
lepas ‘berhijrah’, aku dah berazam akan menaip dengan menggunakan kata kata yang lebih manis, insyaAllah.
sila sokong aku ya.

ya, aku dah ‘berhijrah’. ke na pa? tak percaya? percayalah 😉
entry ‘penghijrahan’?
tengok lah macam mana nanti ya…

kalau tak paham cerita ni, kena baca entry kat SINI dulu.

ok kita teruskan dengan kisah sebenar.
seperti yang korang tau aku kan masuk kelas menjahit hari tu.
ceritanya ceni.
aku actually amik pakej. pakej A nama diberi.
pakej A ni merangkumi belajar jahit skirt A line + baju kurung tradisional + kain susun tepi,
baju kurung moden + kain kipas belakang, baju kurung pesak gantung + kain lipat depan.
total adalah RM550. registration RM70.
masa mula-mula masuk tu aku bayar RM300 + RM70 dulu.

so kelas pun bermula.
memang aku belajar sekali dengan amy tapi awal awal tu kelas kitorang lain lain.
so hari pertama tu aku sorang sorang lah.
sampai sampai tengok ramai la kan student.
haruslah aku rasa rendah diri sebab tengok semua kemain terror sudah buat pola, potong kain menjahit bagai.

cikgu yang ajar aku namanya cikgu diba.
budak lagi pun. aku pun bahasakan diri aku akak jer.
diba ni nak kata garang tu tidaklah, cuma aku rasa aku tak selesa dengan style dia mengajar.

ok first sekali aku rasa tempat ni cam takde syllabus.
sepatutnya kena ikut part by part lah.
ajar student kenal benang, kenal jarum, kenal jenis kain.
ukur kat patung, masukkan benang dalam jarum, handle mesin jahit.
maksud aku cam teori dulu lah.

ini macam terus je ke part lukis pola.
aku dah cakap jugak aku taknak belajar skirt A line ni sebab rasa cam untuk apa.
tapi katanya tak boleh, kena belaja jugak jugak. basic.
ok la fine. fine fine fine *ala ala shuib dalam maharajalawak

kemudian kan, kau tak boleh la nak anggap semua student yang belajar kat sini ada basic menjahit.
ada yang memang zero. macam aku lah.
jadi bila ko persendakan orang yang taktau apa-apa pasal jahitan ni, adalah tidak cool ok.

basi?

takkan akak taktau apa tu basi?

akak takde basic

ala ramai je orang takde basic, tapi tau je basi tu apa.

motippppppp????

pastu ko baru tunjuk aku sekali.
what do u expect? ko ingat aku boleh telan terus ke informasi ko bagi?

asal aku lupa dan tanya je, terus dia merengus rengus.
ala akak ni. ala akak ni. kan diba dah tunjuk tadi.

boleh bah kalau kau???

oleh sebab tak puas hati dengan diba ni, so aku suarakan lah ketidakpuashatian aku pada kak Y (bukan nama sebenar)
kak Y ni yang run tempat belajar jahit ni.
taktau la aku dia pekerja atau owner.
tapi sebelum suarakan ketidakpuashatian tu pada kak Y, harus la aku dah meroyan kat amy dulu.

ok dah alang alang tu, aku bagi sekali la apa apa yang tak puas hati pasal tempat belajar tu pada kak Y.
alang alang kata orang kan.
kang nanti kata kita ni pandai cakap belakang belakang jer.
ok antara yang aku tak puas hati.

1. notis ditampal dipintu toilet tak bagi student berak.
siap bagi amaran kalau ada perkara tak diingini (sisa taik la kot) tandas akan dikunci untuk selama lamanya. apakah???

2. tempat belajar yang panas. yer memang ada aircond tapi taktau la. mungkin dah lapantahun kot tak services. panas berpeluh ketiak sampai sakit kepala.
kat bahagian mesin jahit ada aircond tapi leaking. tik tik tik menitik ke lantai. kalau kena kejutan elektrik sapa mau tanggungjawab lah?

3. 3 lampu tak berfungsi. ko bayangkan macam mana nak menulis, memotong kain, mengukur semua dalam keadaan gelap gulita. ok la tipu takde la gelap gulita tapi kelam dan suram la.
kat tempat nak gosok baju pun lampu rosak jugak. bagaimanalah??

4. mesin jahit industri yang ada 6. semua pun boleh dikatakan laju bebenau. tak sesuai dengan budak baru belajar macam aku ni. terpisat pisat nak handle kaki ok. ada sekali punya melaju sampai aku tersebut ‘inalillahi wainailaihi rojiun’ walhal aku nak sebut ‘astaghfirullahalazim’. kesian

5. masa register hari tu kata bawak kain jer. lain lain takyah bawak. tapi ujung ujung bila dah start kelas baru tanya ‘zip ada? getah ada? pengeras ada? itu ada? ini ada?’. masa register tak bagitauuuu pun. last last terpaksa la beli kat situ. mahal plak tu. eh?

6. air minuman yang tidak disediakan. bukannya la haihh student demand nak air tebu ke, air coke ke, air tembikai laici ke. just air kosong. apa lah salahnya kalau letak satu tong air masak kat situ kan..

7. student yang melimpah ruah. masa register kata satu kelas ada 6 orang jer. ada sekali tu aku pergi, dekat 13 orang. tak naik hantu ko?? walaupun yang selebih tu kelas menjahit tudung atau manik pun, tapi still la bersesak sesak. pentipu la ceni

8. isu sekoci. isu paling hebat sampai ditampal notis bagi amaran lepas ni takkan di supply sekoci lagi kalau kehilangan sekoci berleluasa. ko run pusat belajar menjahit tapi taknak supply sekoci?? baik ko buat bisnes kuaci jer. ok tak kelakar

9. kalau aku datang kelas pagi, berterabur kain perca kat lantai. kenapalah tidak dibersihkan wahai kak Y??? student datang tengok pun cam apakah ini??

10. hari pertama masuk kelas, patutnya dapat nota la kan. tapi katanya nota untuk pakej A dah habis. ko mesti dah tau akan ada student baru masuk kan? napa la tak ready awal-awal? last last diberi aku 2 keping jer kertas nota untuk belajar jahit skirt A line.

kelas ke 2 aku pegi pun tak dapat. kelas ke 3 pun tak dapat.
sudahnya kelas ke 4 aku lak yang hegeh hegeh kena mintak sebab masa tu nak start belajar jahit baju kurung tradisional dah. tapi still nota untuk pakej A takdak. diberi yang pakej E punya. tapi yang part baju kebaya, baju melayu bagai dikoyak. ceh. macam la aku hadap nakkan nota tu. tak hangat hati ko jadi cenggini?

setakat aku ingat, 10 perkara lah diatas.
mungkin ada lagi tapi yang sikit sikit tu kita let go je la kan..

ok apa jawapan kak Y dari persoalan di atas?

persoalan 1. aku tak sanggup nak tanya. wakakaka.. tapi syyhhh aku pernah berak kat situ sebab sakit perut tak tahan punya pasal jebat. aku melepas jugak. tapi ok la tiada sisa. uwekkk…

persoalan 2. dia kata kitorang ni yang tak reti set kan aircond tu. cam konon patut set sejuk, kitorang set panas. camtu la kot. aternyerrr tempat tu ko yang punya kan, apa la salahnya pagi pagi tu ko datang ko cek semua benda pun in order. tak bleh??

persoalan 3. oh dia kata lampu rosak sebab maintenance kat situ. kira bukan salah dia la kononnya. katanya dah report tapi tak ok lagi. dan dan minggu depannya terus ok. eh nak kena komplen dulu baru nak ok ke pun?

persoalan 4. yang ni aku tak komplen kot. ok bye.

persoalan 5. tak komplen jugak. ok bye lagi sekali.

persoalan 6. yang ni aku tak komplen, tapi amy dah komplen kat blog dia. kak Y menjawab di facebook beliau. katanya bawak la air sendiri. atau malas bawak, kat dapur ada kettle, boleh masak sendiri. cara dia jawab cam eueeuiwiwiwww haremjads sungguh. seriyus aku tak sangka kak Y ni camtu perangai sebenenarnya. ikut rupa paras sungguh ayu baik budi ustazah pilihan warisan wanita terakhir

persoalan 7. boleh dia bagi alasan. diorang tu belajar jahit tudung. tak kacau pun u all yang kelas biasa ni. banyak cantik muka dia tak kacau. meja ada 6. kalau student yang datang 13, semua pun guna meja. acaner aku nak lukis pola, nak gunting kain? kira cakap tak serupa bikin la. masa register kata satu kelas 6 orang jer. tak crowded bagai. pentipu! last last aku duduk kat meja rendah potong kain. curse u kak Y!

persoalan 8. pun aku tak komplen. tapi ko memang kelakar la kak Y. dah student gulung benang sendiri kat sekoci tu, bila dah habis kelas, takkan nak tinggal benang tu kat situ kot? mesti la nak balik. ok fine fine fine mungkin bagi ko benang murah, so sedekah je la yer? eh tapi kalau murah, kenapa ko tak supply benang? kalau ko supply benang, mesti takde kes student bawak balik sekoci. haah aku ada bawak balik sekoci sebab dah gulung benang apa, tapi aku dah pulangkan balik last day aku kat situ

persoalan 9. ok tak komplen jugak. bye.

persoalan 10. aku tak komplen tapi takkan dia tak boleh pikir sendiri kot???

kesimpulan pada peristiwa yang bersimpul simpul ni, kak Y ni tak mesra student. dia datang, duduk jer dalam bilik. takde pun nak tanya student ada masalah ke, ada nak komplen apa-apa ke, nan adooo…
takde komunikasi. semua pun main tampal tampal notis.

eh belum kesimpulan lagi. ok berbalik pada yuran dan kelas.
aku kelas ke 11. lagi 2 kelas aku let go sebab dah takde hati dan perasaan kot.
dan sepanjang 11 kelas tu, aku cuma dapat belajar baju kurung tradisional semata sahaja. lagi 2 jenis fesyen tu tak sempat.

mananya tak sempat. skirt A line tu jer pun aku belajar sampai masuk kelas ke 4. very the membuang masa.
thats why aku cakap kak Y nie takde komunikasi dengan student, cer tanya student ok ke. lambat pick up ke. apa apa je lah.

pastu aku ada jer jumpa dia cakap indirectly aku taknak dah belajar 2 fesyen tu.
kira cam nak convert single pattern la.
tapi dia tak bagi, sungguh-sungguh jugak belajar lagi 2 fesyen.
sebab dia nak full payment la kot dari aku?

kemudian lepas tamat kelas ke 11, sebab masa tu dah masuk bulan puasa pun, malas la aku nak gi kelas bulan puasa, so aku bagitau dia.
then dia sms mintak bayaran.

aku cakap la aku belajar baju kurung tradisional semata, takkan aku nak kena bayar full kot? ada la dia menjawab. tapi malas plak aku nak taip kat sini.
eh tapi taip jugak la. dia kata dia tak boleh nak bagi ‘keberkatan’ kat aku.
tapi aku dah tak jawab sms dia tu. cam tah.. whatever la kot.

RM370 aku dah bayar untuk belajar baju kurung tradisional semata. takkan nak bayar lagi RM250 kot?
kalau dia kata dia tak boleh nak bagi ‘keberkatan’, let say aku bayar balance RM250 tu, adakah aku plak mampu meng‘halal’kan benda yang aku memang tak belajar langsung-langsung?

untuk kak yati (eh tersebut nama plak vavavavva), memang boleh kita mengamalkan sikap defensif, tapi perlu tengok pada subjek dan keadaan kot.
tak boleh sepanjang masa defensif saja-saja.
cuba kak yati fikir, kenapa student banyak lari tak bayar hutang, kenapa student curi sekoci, kenapa itu kenapa ini. cuba muhasabah diri dan cari kekurangan diri instead nak blame student plak.

dan buat pengetahuan kakyati, ramai jer student komplen pasal aircond, toilet, lampu tu semua.
tapi diorang cakap belakang, sebab semua malas nak amik pot kot.
tapi bila kami kami ni yang tampil bercakap, kami saja lah yang dicop kaki komplen dan jahat. kan?

akhir kata, selamat hari raya aidilfitri kakyati.
semoga kita tidak akan berjumpa lagi.
dan bagi saya kita tidak berhutang apa-apa.
wallahualam.

33 thoughts on “Sukarnya Menerima Kenyataan

  1. “dia kata dia tak boleh nak bagi ‘keberkatan’ kat aku”
    “adakah aku plak mampu meng‘halal’kan benda yang aku memang tak belajar langsung-langsung?”
    LIKE! (Y)

    dan LIKE (Y) (Y) (Y) …kelas pantun akak..
    “akhir kata, selamat hari raya aidilfitri kakyati.
    semoga kita tidak akan berjumpa lagi.”

    • setengah org mcm ni dia selalu fikir dia betul sentiasa.
      tak cuba kaji di mana silapnya dan cari jalan penyelesaian win win situation.
      akak tak setegar kak amy kot nak berbalas balas sms.
      tu sebab akak dah tak balas apa dah sms dia.

      hee pantun katanya kan..

  2. marah secara berhemah namanya nih, apapun sungguh tak patut, sbg owner dia kena pikir dah semua perkara nih kan, sabarlah ALLAH akan membantu org yg diaaniaya…

  3. giler ar kelas menjahit camni…… dah ler mahal kelas dia ni… banyak cikadak pulak … lenkali ko bayar ler RM50 jer… tengok sesuai ke idak ngan jiwa raga ko.. pitam kalau cenggini… mahal tu kelas dia ….

    • aku ok byr mahal kalau servis dia tip top. sbb dia asyik nak compare tempat dia dgn tmpt lain.
      tmpt lain tak tip top pun takpe la kan sbb byr murah. cam kemas tu, komuniti semua tu.
      ni tmpt dia dh la byr mahal, tapi servis kedaung tak sedar!

  4. sadisnya baca..camni akak,lebih baik akak g kelas jahit under kolej komuniti..lg murah..1kelas RM10 ja kot..akak dok wangsa maju,g kat komuniti selayang..komuniti wangsa maju,xder tmpat lg..stil numpang d selayang

    • tu la.. dia dok dabik2 dada kata tempat dia la yg terbaik, ter best, ter meletup..
      tapi sebenarnya… hurmm…

  5. macam cilake la ini olang. haramkan diri sndiri drpd menamakan anak dgn nama Yati lepas ni. mau bertukar jadi Yeti pulak. huh!

  6. …:)

    sepatutnya, masa mula2 masuk dia patut kenakan deposit, pastu barang2 yang kekal (macam skoci, gunting, pembaris dan segala bagai tu) bolehlah dipinjamkan. Tetapi barang2 hangus (seperti kapur lukis tu, kertas gam tu….), kenalah dihalalkan saja…. Bila dah habis sekolah, barang2 kekal tu hendaklah dipulangkan…jika hilang sila ganti….jika rosak pun sama….. baru lah lebih mudah…. student pun terjaga….

    Tapi tentang meremehkan student yang baru bermula tu memanglah tak patut….. Bukan cikgunamanya jika begitu…..

    Tapikan…yang mesin industri tu memang laju….mmg itulah mesin yang digunakan untuk sekolah2….. kecuali jika kita beli mesin apple dan dia buat kelas….mesin tu tak laju…. Tapi bila dah biasa, rasa okay je…(cuma jika mesin tu bermasalah, sebab kurang maitenance…memang terasa sungguh hazabbbbbnya….)…

    Apa2 pun harap maya dan amy sama2lah sabar…… Jika niat dia memang tak elok, adalah habuannya nanti……:)

  7. salam,
    maaf ye… bukan nak menyibuk. sy sebenarnnya tengah nak cari kelas menjahit..saja nak refresh skill jahitan ni… tapi bile nengok pengalaman u ngeri… dulu lepas blajar u sy blajar jahir kat KEMAS DI KG.sebulan bayar RM 2.00 tp tu tahun 2002. dpt blajar berjenis2 blause, baju kurung, n last kebaya… tapi mmg berbaloi..skrg skill x berapa baek sbb jrg menjahit…bnyk yg lupa.tau buat baju kurung sj…nanti kalu ada tempat blajar murah, roger2 sy le..sy ada tengok dlm HELWA Universsiti malaya, sebulan RM35…tp x fully riiky lagi.

Comments are closed.