Shopping di Bali

selit sekejap cerita bali.
nie antara bebenda yang aku shopping kat bali nun.
mula mula sekali adalah mi goreng instant ni.
kan hari pertama tu aku melapar macam nak mati kan, tu encik z beli sesiap katanya nanti kang melapar lagi, haaa masak air je.
tuang dalam ni boleh terus ngap.

tapi awal je la lapar, dah start tour tu harus makanan semua disediakan.
balik bilik pun dah malam. esok ada breakfast.
makanya mi goreng instant ni melukut di tepian gantang je lah.
ujung ujung makan kat malaysia.
tapi sedap tau. me like like.

ni plak fridge magnet dengan ukiran kecik tu.
aku borong kat tanah lot kecuali fridge magnet getah tu beli kat matahari.

untuk aku seorang diri aku sambar 3 helai tshirt. mentamak betui.
lagi satu tu tshirt couple, beli sama dengan encik z.
taktau lagi bila nak pakai sama. aternya kami takder plan dah nak cuti cuti dalam masa terdekat ni.

baju kelawar, jumpsuit, seluar yaya, shawl dan baju caca & cici.
beli pun semua di tempat berlainan.

nie je lah yang aku shopping kat sana. tak banyak pun kan?
see i told u, i bukan kaki shopping.
aku pergi bercuti dengan niat utama nak tengok tempat orang nak amik gambar banyak banyak.
shopping mopping ni aktiviti sampingan jer.
aterrr dah sampai tempat orang, takkan ko nganga satu benda pun tak nak beli kan?

16 thoughts on “Shopping di Bali

    • nama pon pompuan kan. tak rambang mata tak salah.
      tapi akak ni walau rambang mata terpaksa ku tahan jebatt…

  1. adik ku.. maggi segera ABC .. Jenama ABC tu ada kicap manis.. kicap nya sedap bangat …. nanti kalu akak p Bali nak belilah maggi tu..lalalalalal
    😀

Comments are closed.