Ronda-Ronda Sekitar Kuta

dari hotel mintak tolong reception call kan cab.
korang kalau gi bali naik cab bluebird je tau, jangan naik cab lain.
sebab kira bluebird la terbaik. kerajaan punya. takkan menipu ko.
kalau yang lain menipu, kerajaan indonesia tak bertanggungjawab. begitu.

naik cab mintak driver tu stop kejap kat tugu peringatan bom bali.
nak bergambar lah apa laie.


: : senarai nama mangsa mangsa yang terkorban. huhu : :

pastu terus ke pantai kuta.
nak buat tocang kepang!
tapi sebab gambar banyak sangat dan aku pemalas kedaung nak pilih, aku skip la ek.
ok ok bukanlah skip terus. nanti aku cari masa untuk pilih pilih gambar aku jaja kat sini yer.
cepat atau lambat jer. ada tetap ada. so sila tunggu. huh. *emosi


: : pantai kuta! : :

kitorang jalan menyusuri sepanjang pantai kuta ni.
usha usha la apa yang ada. sambil feel feel orang kaya. gagagaga.


: : ada pizza hut halal : :


: : ada crocs halal : :


: : kalau malas jalan boleh naik kereta kuda belakang tu : :


: : hard rock cafe bali. uhuuu : :


: : masuk dalam shopping jap : :


: : hard rock hotel bali : :


: : dapat 2 helai tshirt hard rock cafe untuk kami laki bini. yang aku pakai gi singapore hari tu. ingat? : :

pastu jalan ke belah depan lagi.
aku sebenarnya tension sebab takde jual fridge magnet yang lawa lawa.
semua pun jenis tulisan tangan.
nampak gedung matahari ni, ajak encik z masuk.
jumpa pun fridge magnet getah. tapi haruslah memahal.
makanya aku beli 3 ketul saja.
so korang kalau gi bali, nak cari fridge magnet lawa, sila ke gedung matahari ya.
tetepi jalan memang takdok jual.

penat jalan, stop kat mcdonalds untuk makan.
jangan risau, sini halal.
kalau ko agak merisau nak makan apa-apa, ko cari logo majlis ulamak indonesia.
macam halal kita la. ote?

dari KL aku memang dah set jugak nak beli jumpsuit kat sini.
aternya kat KL mahal bebenau.
last last dapat beli sehelai RM18 je uolls..
encik z terus suh amik 2 helai, dia bayau.
katanya pasni dah jangan nak memekak mekak lagi nak beli gitu gini.
iya iya lahh…

dah dapat apa yang dihajati, masa pun dah hampir time.
tahan cab dan terus cabut balik semula ke resort.

6 thoughts on “Ronda-Ronda Sekitar Kuta

Comments are closed.