Blog Maya Dot Com

Struggling to be a better Muslimah

Petua Mengurangkan Migraine

ok siapa yang dah lama baca blog aku ni mesti tau yang aku adalah pengidap migraine tegar.
kalau yang baru baca, selamat datang ke blog si pengidap migraine tegar.
sebelum meneruskan pembacaan, apa kata korang baca dulu artikel bawah ni tentang migraine.
kredit kepada http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/02/migraine/

APA ITU MIGRAINE?

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

APA PENYEBAB MIGRAINE?

Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?

Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.

Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?

Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :

Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.

BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?

Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.

ok di sini aku nak berkongsi tips dan petua bila mana aku diserang migraine.
ini cara aku lah yer. mungkin setiap individu berbeza beza. begitu.
tapi memang kau takkan dapat nak hilangkan migraine kau there n there.
memang ambil masa yang agak lama. walaupun lepas kau telan ubat.

ok ni tips versi normaya.

1. Rehat / baring di dalam tempat yang gelap dan sunyi.
Jangan plak ko pergi baring dalam gua. Baring dalam bilik ko sudah la.

2. Mandi. Dengan basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki membawa ke atas badan dan ke kepala)

3. Amalkan sujud setiap pagi. Memang la kan sebab solat subuh :-p

4. Baring atas katil tapi kepala terjuntai ke bawah. Untuk mengalirkan darah ke dalam kepala.

5. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais dalam tuala dan tekapkan pada mata.

6. Urut bahagian atas mata. Atas kening tu. Urut sampai ko rasa migraine ko lega sikit

7. Amalkan minum air mineral ECPI

8. Elakkan terkena cahaya matahari atau cahaya lampu yang terang

9. Amalkan pemakanan buah epal hijau. Beserta kulit ok. kalau rajin buat jus epal.

10. Letak migraine ice atas dahi

11. Baring di atas bantal sejuk. eceh ceh ceh sempat promote tu..

Ok tips di atas ni yang ko boleh buat waktu migraine tu menyerang lah kan.
Tips seterusnya adalah benda yang ko kena plan dulu. Gitu.

1. Bekam. Aku pernah buat bekam angin saja. Bekam lintah dan bekam darah belum lagi. Apa kata korang buat dulu? He he he. Ok tak lawak.

2. Foot reflexology. Iaitu urut tapak kaki. Aku penah buat. Yes, memang melegakan. Sebab urat urat semua pun kan berkait satu sama lain.

3. Guna daun aloe vera & daun bunga raya putih. Diblend dan dilumur di atas kulit kepala. Yang ni aku buat dengan makcik berurut hari tu. Dan alhamdulillah dah sebulan tak diserang migraine.

Dan last sekali memang ko tak boleh elak, kena amik ubat jugak.
Walau macam mana ko tahan konon ala jap gi hilang la tu, jap gi hilang la tu.. nan adoo hilangnya k.. makin parah lagi ada.
So telan lah ubat.
Antara ubat yang aku makan untuk kurangkan migraine seperti dibawah.
Ada cafergot, ada cattox, ada synflex, panadol pun ada juga. ko pilihlah mana yang bersesuaian. pastu simpan la buat bekalan di hari muka ya.

dan pesanan terakhir aku. jangan terlalu banyak fikir. jangan cepat stress. dan amalkan cara hidup yang sihat.
bersenam. minum air masak. amalkan pemakanan seimbang.

say no to migraine! :-[ haja haja fighting!!!


Categorised as: Informasi

Comments are disabled on this post


8 Comments

  1. pa'e faizah says:

    fightingggg!!!

  2. sw33tdarling says:

    ubat kuuuu………………..

  3. Illa says:

    Me want dat bantal sejuk…Ntah bila dpt jumpa kannn…

  4. Puteri Nurul Afifah says:

    Thank 4 your information. Amat sgt2 bguna untuk saya. Lama dah saya cari. Ni baru jumpa. Dah la nak amik exam tahun ni tkena migrine pulak akhir2 ni. sakit sgt2 kepala ni sampai tak boleh wat ape. asyik tdo aje. apapun sy akan amalkan apa yg kakak bagitahu. thank you very2 much. k