Pelbagai Cerita Dalam Satu Entry

iya iya iya laaaa.. aku update laaa…
entry kali ni aku sumbat banyak cerita.
orang putih kata lump sump gitu.
atau aku kata pukul rata atau pukul keliling.

9 ramadhan hari tu aku MC.
sakit perut dari lepas sahur, membawak ke jam 7 pagi.
tapi kan memang semenjak awal puasa lagi boleh kata tiap tiap pagi aku sakit perut.
jenis memulas mulas pastu cirit birit.
sakit jiwa ok.

tapi yang 9 ramadhan hari tu agak teruk dari biasa.
tak leh jadi ah. tu yang decide MC terus.
pergi klinik, doktor bagi ubat sakit perut, cirit birit, gastrik dan angin.
kemudian singgah B & O beli barang basah untuk masak bukak puasa.

balik dari klinik dah taktau nak buat apa.
belek kejap kain jahitan tapi roh tukang jahit tak merasuk, so takde mood mau tekan mesin.

tapi roh tukang masak yang dok melambai lambai.
makanya singsing lengan terus ke dapur aku yang sekangkang monyet tu untuk mula memasak.

berberbekalkan resepi dari sini, aku pun mula menyiang nanas.
bapakk menyarip menyiang nanas ni.
sampai luka luka jari ah. pastu nak buang lubang lubang hitam tu lagi.
renyah!

tapi berkat kesucian keluhuran hati untuk memasak buat suami tercintun,
akhirnya jadi jugak.
wallaweyy senang je rupanya masak lemak kuning ni yer.
ku pikirkan susah derrrr…
first time aku masak ni tau.

didihkan santan sampai bergelegak.
letak serbuk kunyit.
masukkan nanas. masukkan udang.
sukahati la ko nak masukkan udang ke, ketam ke, ikan masin ke.
kebetulan ada udang, so aku campak udang la.
nak memeriahkan keadaan masukkan la cili merah dengan bawang besar.
sekejapan dah siap. dan rasanya walla… sedap ai tell u..

kemudian up kan cencaru goreng yang diperap gula & asam jawa resepi dari ernie.
ni kali ke 2 dah aku buat. sedap. ada rasa manis manis nya (eh dah lama takde iklan diamond shiela majid tu ek?)
up lagi dengan taugeh tumis air. dan sambal belacan tempoyak.
gerek seh..
sendiri masak sendiri puji. puii..

ok di hari lain iaitu di hari jumaat lepas.
aku dengan fin gi matta fair kat pwtc.
dapat la beberapa pakej cambodia tapi ntah lah aku rasa cam tok seyy.
paling murah pun dalam RM700++ gitu.
tak masuk tambahan kena bayar untuk dapatkan makanan halal. ermm..
aku plan aku nak susun atur itinerary sendiri lah.
later cari tour agency kat sana.
hotel pun nak booking sendiri.
aku google hari tu banyak jer hotel murah murah yet selesa.
takpe tu kita fikirkan nanti.

sebelum masuk waktu berbuka, kitorang dah stand by kat surau pwtc.
lepas solat la kot baru gi berbuka. takde la rushing.
masa kat surau jumpa dengan dato’ shahrizat 🙂
usai solat baru gi makan kat pizza hut.
kira ramadhan ke 12 baru lah aku berbuka kat luar.

habis cerita hari jumaat. kita ke cerita hari sabtu pula.
encik z ajak berbuka kat kenny rogers.
teringin makan ayam lah pula dia.
aku cakap ok tapi solat kat rumah dulu la, minum air je dulu.
then baru keluar gi makan. ok dia setuju.

mula mula gi kenny rogers kat jalan genting klang.
tapi full house. parking pun nan ado.
so ke jusco wangsa maju sana.
encik z makan quarter meal ayam tu lah.
tapi aku ntah macam tak berapa lapar pun yer.
so makan jacket potato + corn and cheese.
sedap gila okeh.. RM8.90 ala carte. eceh siap bagitau harga macam ke korang taktau.

dan sharing sharing tropical paradise.
uiiihh pun sedappp.. ni memang dah biasa order kan.
asal gi kenny rogers mesti tropical paradise yang menjadi idaman hati.

masa masak lemak kuning nanas udang hari tu, of coz ada berlebihan nanas lagi.
ajer giler ko nak pakai sampai sebijik nanas kan.
so dari balance tu aku repeat la masak lemak kuning lagi.
tapi kali ni isinya aku ganti dengan ikan masin gelama belah.
taktau plak aku ikan gelama ni banyak tulang.
tercekik cekik ko makan. dah la aku masak banyak sebab nak habiskan nanas tu.
haisyoo…

eh ni hidangan sahur tau. rajin kan aku masak.
encik z request nak makan sotong goreng tepung.
aku tak reti masak tapi buat buat reti.
sudahnya dah macam hapa jadinya.
macam mana sebenarnya cara nak buat sotong goreng tepung ni ek?
aku dah celup dengan telur. pastu baru gaul dengan tepung serbaguna.
tapi apasal tepung tu cam tak lekat kat sotong eh?
why???? :-O

ini plak menu berbuka semalam.
aku panaskan je masak lemak kuning tu. katanya ada banyak lagi.
tapi memang bercinta la nak makan ikan masin gelama tu. huhu.
pastu goreng udang kunyit campur kacang panjang.
dan ada telur dadar jugak, encik z goreng lambat sangat.
tak sempat nak enterframe kan kat sini.
ala telur dadar je pun, macam ke ko tak penah tengok yer.

gitulah ceritanya.
ending tak boleh bla.
dadaaaaaaa….

32 thoughts on “Pelbagai Cerita Dalam Satu Entry

  1. masak lemak kuning cenggini mmg sedap..nak2 plak buat kuah dia pekat2, taruk udang ke ketam ke..campak skali serai ngan cili padi..pehhhhh….menambah2 makan

    • cili padi boleh diusahakan. tp serai cam malas plak nak cari he he.
      tapi tanpa serai pun mmmmalatoppp…

  2. sotong tu mst akak x sejat air dia betul2 kan…tu pasal tepung x melekat…
    anyway akak makin rajin memasak ek…!chaiyok kak maya…! (Y)

    • ooooooo kena sejat air sotong nya ya…
      itu ler pasal, rajin plak akak masak skang.. semangat kobar2 plak..

      • akak suka makan daging kan..kat param tmn melawati byk jual daging bakar…
        nmpk sedap sgt…ada 1 stall tu jual kambing golek…bau kambing dia x hingattt…

  3. org pun tak pandai sgt masak kak. asal lepas tekak sendiri sudeh!
    kalau tak lepas dek tekak laki..nah senduk masak sendiri. hahahaha! 😛

  4. pelan-pelan lama-lama teror lah kan, sy dulu belajar masak lepas kawin, nak masak kari jadi masak lomak…sotong goreng tepung tuh, celur jap 2-3 minit..pastu lap dgn tisu kitchen sampai kering baru celup telur ngan tepung..kalau tak lap kering..meletop2 sotong tuh.. 😛

    • hah pasni sy nk try masak kari ikan plak. doakan saya ya..

      patutlah saya goreng meletup2 bunyi sotong tu. chisss…

  5. wah wah wah sudah rajin masuk ke dapur blk eh! bile lah pulak mood memasak aku nak mari…haihhh

  6. kak,
    kite baca entry akak ni senafas …mmg semua ada dlm 1 entry hehe

    nape kite x bertemu ye…kite pon g pwtc pas keje.berbuka kat McD the mall..lepas maghrib gak… pakej mmg rege membunuh.siap gaduh dgn org sana… hehehe

    • takde rezeki la tu nak jumpa.
      tu la lenkali follow twitter akak. mesti tau akak ada kat mana he he..

      hah awak nak holiday ke mana lah?

  7. waaahhh!!! tahniah.. keep it up!! tetiba kami teringat ada satu entry dulu yaya pernah tanya hangpa “mommy pandai ke masak sup” kih kih..

    SGT tu kan ntah kami dulu try n error je.. pastu tak sejat pun air dia cuma tos kan kering2.. then kami tak pakai tepung segera.. just mixed up tepung beras, tepung jagung dan serbuk kari + sedikit garam… celup telur then golek2 je ngan tepung.. nyum nyum..

    • hah hari tu masa kami masak pun dia call. kami ckp tgh masak. dia tanya mommy masak apa. kami ckp la masak lemak udang.
      suara dia pastu cam hah? betul ke mommy masak? cisss cisss… haha..

Comments are closed.