Nak Cerita Tapi Malu. Tapi Nak Cerita. Tapi Malu. Protected Je Lah Hee…

ok kejadian ni berlaku setahun yang lepas.
in fact setahun 4 bulan yang lepas.
waahhahaa bapak lama gila oh.
tapi gambar semua memang aku dah upload awal.
aku pun taktau kenapa aku tak update.
segan kot. segan napa pun tatawu la adoiyainyer pon.

tapi rasa nak update jugak sebab buat kenangan di hari muka.
kata ko. so protected je lah.

ok kita mulakan.
actually bulan april tahun lepas aku sudah enroll utk sesi pelangsingan badan. nyeh nyeh.
memula tu aku dapat call.
ada la teww orang jaja nombor aku.
pastu pergi la. london weight management.

nak test test je dulu.
last last tergoda lalu terjebak.
tapi usah ko tanya berapa banyak aku bayar.
yang penting swipe swipe 1tahun free interest.
dah habis bayau pun.

tak silap aku ada 20 sesi semuanya.
so dalam masa 4 bulan boleh habis.
tapi aku dok skip skip. rasanya 7 bulan kot baru watamat.
sesi ni terbahagi kepada 3 bahagian.

pertamanya kena masuk dalam bilik sauna 20 minit.
kena bogel pakai towel jer.
panas berpinau-pinau.
kemudian sesi ke dua, kena masuk dalam satu bilik berbaring.
nanti dia sapu scrub satu badan.
kemudian dia bungkus dengan plastik.
dan selimut dengan selimut panas yang tebal.
menangis ok tahan kepanasan.

dah lepas sessi tu, pergi mandi bersihkan badan.
pastu masuk dalam bilik lain.
disapunya gel kat satu badan.
kemudian dipasang mesin. kat perut, paha, lengan, kaki.
nanti ko rasa getaran asmara.
masa tu la lemak sedang dipecah pecahkan.

selain dari semua sesi di atas, kami juga digalakkan minum kopi bawah ni ha.
katanya kopi ni boleh stabilkan metabolisma badan.
dan lebih cepat boleh kurus. katanya laaa..
betul atau tidak, wa pu citau.
tapi bapak mahal ok kopi ni.
aku amik sekotak ni jer, pastu takde dah aku nak.
sebab kena beli lagi.
tak termasuk pakej yang dah dibayar. so koserr..

tapi amoi amoi kat sini asyik la paksa paksa desak desak suh beli.
sampai ada sekali tu aku rasukan ablasa.
dah la kita tengah panas panas dalam selimut tu, ko plak memekak mekak suh beli kopi. aku jerkah sekali baru tau takut. puiii…


: : kopi mahal. mungkin lebih mahal dari kopi luwak : :

yang nie plak cam susu bancuh.
lepas session je, dia bagi ko minum ni.
so malam tu ko tak payah makan dah sebab dah kenyang minum ni.
aku selalu buat sesi belah malam, so memang molek benau ler..


: : susu mengenyangkan : :


: : reception LWM : :


: : penimbang berat elektronik : :

sebelum sesi ko bermula, dia akan amik berat badan ko dulu.
lepas sesi tamat, dia akan amik berat lagi.
selalunya akan kurang dalam 0.5cm lilitan dan 500gram.
lagi sekali ntah benar atau tidak, wallahualam.


: : sila susun kasut anda di sini : :


: : sila simpan barangan berharga anda di sini : :


: : sila pakai selipar ini : :


: : bilik sauna yang panas. tapi neraka pasti lebih panas dari ini : :

masa mula mula register, berat aku 61kg. bapak berat hoh?
dan lepas melangkah keluar, 54kg.
not bad la kan.
tapi tapi tapi tapi.
aku bukan bergantung semata mata dengan treatment ni jer.
aku menjaga diri aku sendiri jugak.

aku kurangkan makan nasi. malam aku skip.
kalau nak makan jugak, aku makan sup sayur jer tau.
coklat, aiskrim, kek semua tolak tepi.
minum banyak air masak.

pada sesiapa yang berminat nak enroll sesi menguruskan badan ni, tak salah.
tapi ko kena ada jati diri yang kuat la.
memang displin kena tinggi. kalau tak sia sia la duit yang ko laburkan tu.

as for me, ok la ada jugak benefits nya aku dapat walaupun idok ler banyak.
paling penting diorang bagi pola pemakanan diet.
dan kalori yang terdapat pada setiap makanan.
so aku lebih berhati hati dalam memilih makanan. begitu.

tapi sekarang aku kurang displin sikit.
hari tu last timbang 56kg. tsktstktkstksk..
aku kalau boleh nak 54kg ke bawah.

demikianlah kisah nak cerita tapi malu tapi nak cerita.
lalu sudahnya diprotectedkan. sekian.
wabilahitaufikwalhidayah. assalammualaikumwarahmattullahhiwabarakatuh

28 thoughts on “Nak Cerita Tapi Malu. Tapi Nak Cerita. Tapi Malu. Protected Je Lah Hee…

    • so kesimpulannya sila diet sendiri. mesti boleh kurus.
      tak perlu kot nak pergi slimworld ke, london weight ke, mayfair ke. huhu..

      • penah jugak pi mayfair rasanya..yg kat bukit bintang sblh maybank (centre kt traffic light).
        adalah tak ingat sangat apa kenama tempat tu sbb tahun 2005/2006 gitu la. bapakkk lama giler! tu pun sebab menang voucher masa lucky draw majlis kat office. tapi adalah best sbb satu sessi boleh hilang 0.5 kg! adalah mengkagumkan!
        tapi masa tu disebabkan tak sanggup berbelanja riban2, ku lupain saja niat mau meneruskan sesi. hehehe
        kalau sape ada duit & tak berkira utk cepat kurus, mmg molek benar pegi pusat2 begini. adalah disyorkan sbb ia sangat membantu selain diet kita seharian tu 🙂

  1. heheheh.. akak pun macam maya jugak.. akak slim world habislah dalam 20k.. tapi memang oklah dah 98 jadi 70 kg…heheheheh.. syaratnya jangan langsung sentuh nasi..

    • woh 20k kak? lagi mahallllll…
      tu la, ada ke tak bg mkn nasi.. acaner nyer yeop..
      kata tekak melayu kan.. tsktsktsk..

    • menjadi kalau kita betul2 displin la. kalau hangat2 tahi ayam mcm akak ni, kureng sikit la menjadi nya

  2. haha..itu ceritanya..
    kita biasa g skali london weight sbb ada trial so belasah jelah..
    18 hengget je pun, skali wat turun sekilo..suka gila
    pastu cino2 tu mmg suka2 paksa kan?
    suma benda nak suh beli..
    dahla ko kena byr mahal, pastu kopi, krim suma kena beli..
    balik mkn kena kontrol, xleh mkn nasi huhu
    mmg kalu x kuat disiplin x guna g slimming centre ni..
    nanti berat ko naik sikit cino2 tu bising
    hehe

    • yer yer gitu ler ceritanya.

      tu ler pasal semua main paksa2 desak2 tekan2. eieiei sumpah tak suka.
      ko ingat kita ni kaya ke pun semua nk main angguk2 je kannn…

  3. ooo begitu kesahnya..tahun lepas sy start diet giler2, ptg abih opis gi jogging malam pi aerobik baru rm3 hengget, nasi seminggu sekali semua yg manis tolak tepi mmg turun giler…tp itulah dah kurang berdisiplin pulak sbb dah rajin minum ais, walhal ais tu mmg pantang utk yg berdiet kata instructor tempat sy beraerobiklah kalau yg sejuk dlm peti ais ok cuma kena kurangkan…nampaknya kena kuatkan semangat balik nih 😉

  4. clap clap. aku rasa bnda ni atas kondisi badan.ada bdn yg senang giler terbakar lemak. adah yg sgt susah.. ada si blogger sorang ni aku tgk tembom jugak.. hehehe.. atas bdn memasing la kan.. for me.. pencapaian ko dpt turun byk tuh bagus sesangat!bkn senang.. plus bila pegi bnda alah ni akn buat ko disiplin jaga diet la.. 🙂

    • betui.. at least kalau ko pegi slimming session ceni, duit pun dah lebur, ko lebih berdisplin gitu laaa..
      masa masa depan kalau makan terlebih, ko akan beringat ringat..

  5. Memang nampak perubahan. Skip makan malam memang saya sokong 100%. Saya memang amalkan dari bujang lg. Alhamdulillah, so far berat saya maintain. So, keep it up…

  6. kami ramai kawan yang berjaya turun berat badan/kurus dengan berdiet sendiri.. yang penting kata depa kena makan, jangan berlapar.. tu konsep yang betul.. pastu kami suka baca tips daripada kevin zahry.. he he he..

Comments are closed.