Kaki Komplen?

aku dapat remarks dari seseorang mengatakan yang blog aku ni, aku banyak tulis tentang kekomplenan.
kekomplenan peginya.
meaning that aku bila tulis entry, aku banyak komplen.
#sentaphatimaknak

tapi bila godek godek balik, yer kot.
takpe kalau kita buat silap memang kita kena mengaku. jangan dalih dalih. (walaupunnnnnn)

tapi tapi tapi (sila bersedia dengan pernyataan pernyataan defensif selepas ini)
aku rasa kan, aku komplen bila benda benda tu terjadi direct dengan aku je kot.

contoh cam bila aku tengok wayang, orang tendang-tendang kerusi aku, ataupun hari tu yang asyik dok bersial sial bagai. haruslah aku komplen.
kemudian bila kat restoran, makanan orang lain sampai dulu, walhal aku datang lagi awal dari orang lain tu. haruslah komplen jugak.
ketiga, bila naik flight, steward buat muka kekwat juih-juih bibir ataupun orang buat bising dalam flight, haruslah jugak komplen kan kan kan.

aku rasa korang yang bloggers ni pun selalu jer komplen komplen dalam entry korang. (eh motif nak heret orang lain dalam ini cerita)
ye la, nama pun blog ni diari maya, harus semua pun kita nak cerita kan.
tinggal orang suka atau tak je lah.
ada orang kata, suka hati aku lah blog aku. suka hati aku lah nak tulis apa.
kalau tak suka, tak payah baca.
betul?

ada plak orang kata, eh dah nama pun blogger, harus apa ko tulis orang baca.
orang nilaikan. once ko decide nak jadi blogger, ko kena terima la akibatnya. begitu.

as for me, apa apa je lah kot.
ada masa aku nak komplen, aku tulis.
ada masa aku malas, aku diam.
pendek katanya ikut suka jejari menaip je lah kot.

tapi aku jarang kot nak komplen benda yang takde kena mengena dengan aku.
mungkin aku ada baca blog si polan si polan, pastu aku cam eh eh kenapa dia ni. kenapa tulis macam ni.
tapi takat tu je la kot. agak-agak tak tahan nak mengumpat, aku roger je si payiet.

tapi tidak lah sampai aku nak buat satu entry khas semata mata nak membagi blogger tu kot.
contoh nya cam blogger ni masuk pertandingan nyanyi. tapi suaranya tak sedap tiba-tiba menang.
pasti lah terdetik cena dia boleh menang ni, suara ke laut. tapi takat tu jer..
get it?
maksudnya tidaklah aku nak buat entry khas ‘suara macam kambing tapi jadi juara’ begitu.

sama jugak macam blogger hantar anak balik kampung.
aku cam eh kenapa dia hantar anak dia kat kampung.
walhal dia laki bini duduk sesama je. loaded jugak kalau nak amik maid atau hantar nursery.
tapi takat tu je lah.
takde la aku nak buat entry ‘gaji banyak tapi anak kat kampung’
begitu. ada paham?

jadinya, adakah aku masih lagi di dalam kategori kaki komplen?
cer citer..

oh aku ada satu kes yang aku nak komplen baik punya.
tapi tu la, bulan bulan puasa ni, mood ada sikit weng weng la.
pemalas betul nak mengadap pc lama-lama.
tapi agak-agak korang tak sabar, boleh baca kat blog dia ni.
sebab nasib kitorang sipi sipi serupa.

betul ke aku ni kaki komplen? *termenung depan pc 🙁

24 thoughts on “Kaki Komplen?

  1. eeeh apasal dorang nak KOMPLEN yang ko ni suka komplen..? suka hati laaa suka komplen ke tidak… speaks for our right bkn speaks for people wrong yaaaaa

  2. dah baca dah kat blog si dia tuh, berjela pegi nya…pasal kaki komplen pulak, rasanya semua pon kaki komplen, kaki bodek, kaki pompuan..opssss tinggal blog kan atau tidak jer kann, jadi pada yg komplen tuh takyah berlagak feel feel suci gitu…wupsss kurang lagi pahala tadi pun dah membebel gak… 😉

    • bila org komplen dia tak boleh, bila dia komplen orang lajuuuu jerrrr. eh bukan awk. org yg komplen tu :-p

  3. Kalau tak tulis komplen, ko pendam je, ujung tahun ko dapat sakit jantung. Kira normal la kut tulis komplenan di blog sendiri, bukan tulis komplenan di blog org lain. Agaknya orang yang remark ko tu tak pernah komplen la kut ek? puas hati, redha, je manjang gitu?

  4. s 4 me plak Kak,komplen ni ada plbagai kategori. Ada org dok komplen jek tp x tgk diri sndiri maknanya dia jek yg btul.Yg ni hidup dia klu x komplen dlm satu hari mmg mngigil satu bdn.

    Ada plak yg komplen utk menambah baik keadaan,so wajarlah dipjgkan rungutan.If not ppl will nvr notice,mcm kes akak dgn stewardess tu cthnya,wajar org tau sbb da mmg keje dorang tu bg serviskan.

    Ada gak komplen dlm masa yg sama utk diri sndiri mean dia komplen supaya dia perbaiki kelemahan diri sndiri,kira sedar diri sedar ruang la ni konsepnya.

    Ada byk lg kategori tp maleh la plak nk semakkan kt sini..he..he..he..mcm komplen nk tarik perhatian org, komplen sbb nk dpt reward..dll

    So x salah rasanya klu mmg kita kerap komplen n perlu rasanya klu xkan stiap organisasi ada dpt customer service/customer relation.Ni sume jez utk hadap komplen org..

    Once again,abaikan je ye Kak
    (Alamak,tpnjang la plak n kalau saya salah btulkan saya ye…)

  5. walaupun kita dianugerahkan 2 kaki (kecuali oku)..tapi tetap ada kaki lain..yakni kaki komplen, kaki ampu, kaki gossip, kaki dengki, kaki xpueh hati pun ada..
    tapi bab2 kaki komplen nie..bagi aku mmg patut ler…tak penah lagi aku jumpe umat manusia yg sedikit tiada cacat celanya kalau dia tk komplen wpun sebesar zarah..tapi komplen tuh beragak la yg terima dek akai..kalau benda yg betui yg sememangnya dikomplen mmg harusssss dikomplen…benda betui takan nk nipu..iye dok? kalau aku jenis tk pueh hati..aku komplen jer..samada ko leh terima ke idak..itu ko punyer pasal..niat kita ikhlas komplen/menegur yg sepatutnya…

  6. rasanya semua org suka komplen. tinggal lagi anda sedar atau tidak. tu je la..
    kalau dah kata blogger si polan ni suka nau komplen, tak suka..jangan baca blog dia.
    konsep senang je dik non oii!
    1 jari menuding orang, ingat 4 lagi kembali ke anda.
    ye ke anda yg bersuara tu bukan kaki komplen??

    * lebih baik jadi kaki komplen (untuk benda yg berkaitan dgn diri sendiri) & jadi diri kita yg sebenar di blog…daripada fake dan rasa diri bagus sesaja. fikir-fikirkan. selamat hari Jumaat! 🙂

  7. kalau benda x sepatutnya jadi kat kita,
    harusla komplen kan?
    yg jadik kt diri sendri saja ok…
    kalau suma benda pun nak komplen,suma benda x puas ati,suma ko je yg betul,
    tu baru digelar kaki komplen..
    hehe..*sambil tgk kaki sendri*

Comments are closed.