Happy Birthday Kak As!

22hb julai lepas birthday kak as.
yer kak as, boss aku.
kat sini semua pun panggil kak as jer.
takde pun yang berpuan puan.
eh ke ada?
tapi mostly semua pun panggil kak as la.

ok sehari sebelum birthday kak as tu, malam tu aku gi jusco au2 mau cari kek dan prezen.
memang dah cakap dengan geng ex myclear, mau beli hadiah tumbler starbucks.
dan kek baskin robbins.


: : beli tumbler dapat free ice blended. harus aku sapu : :


: : kek baskin robbins. apa flavour lupa lah pulak : :

berpijau paha aku balik tu sebab letak kotak kek ni atas paha.
ko tau la baskin robbins kan ice cream cake. dia akan letak ais kering tu.
rasa terbakau paha aku kena makan dek ais kering ni.

ok esoknya. tiba tiba.
kak as belanja whole department pulut kuning dan rendang ayam.
aku special sikit siap ada telur rebus. teh teh teh.
eh kak as jugak suruh bagi kat payiet & encik z.
baik kan boss saya?
kalau apa apa selalu tak penah lupa kat encik z.

: : dari kami sedepartment : :


: : carrot cake dari sedepartment : :

lepas kak as meeting pagi tu, so ramai ramai masuk bilik dia dan nyanyi nyanyi.
amy mengetuai pergerakan.


: : potong kek : :

ok usai bahagian pertama.
sebelah petang pulak, turn geng ex myclear untuk celebrate dengan kak as.


: : ice cream cake baskin robbins yang sedap giler!! : :


: : from all of us : :


: : heee rajin aku siap print gambau bagai : :


: : potong kek buat kali ke 2 : :


: : inilah tumbler starbucks itu. nanti ada duit aku nak beli untuk diri sendirilah pula : :

lepas makan kek, makan buah manggis pulak.
sambil borak gossip pong pang gitu gini.


: : kami yang pernah sedepartment tapi sudah berpecah belah : :


: :mya, hasin, naza, kak as, kak shida, remember : :

happy birthday kak as.
semoga panjang umur, dimurahkan rezeki. bahagia selalu.
dan semoga terus jadi boss yang baik dan sporting.
kami semua sayang kak as.. (L)

14 thoughts on “Happy Birthday Kak As!

  1. seronoknya dapat boss sporting cenggitu, kalau dapat boss yg kita hulur semua pun takmau takut kena mandremlah, tak makanlah, …harus kita menyampah kan 😉

  2. dapppppnyer kek baskin robbins! baru 2 kali makan. kesian kannnn..huhu
    tapi dua2 tu pun makan kat Korea. translator buat surprise kat kami kami yg kebetulan birthday masa pergi tu.
    lepas tu dah takde makan lg dah…hahaha! padahal kat sini ada je pun..

  3. kecur alio tgk pulut kuning ngan telur rebus tu…
    untung akak dpt bos yg sporting & sekepala mcm kak as… (F)
    bos sy kepala hangin… (W) hihihiiii…

Comments are closed.