Entry Untuk Mohd Haris. Yang Lain Sila Tutup Mata

entry ni aku tujukan khas untuk encik mohd haris.
orang lain sila jangan baca yer.
tapi kalau kau nak baca jugak, jangan salahkan aku di atas gangguan mental yang akan kau terima kelak.

sebenarnya aku malas nak tulis pasal ni.
tapi eh eh tulis jugak he he.
nampaknya aku masih belum menjadi orang yang ber’sabar’.
slow slow lah eh.
orang yang nak berubah ke arah kebaikan memang banyak dugaannya.

semalam aku dapat PM kat FB.
namanya Mohd Haris. aku suka nama haris.
pernah jua bercita cita nak beri nama anak sebagai haris sekiranya mendapat anak lelaki.

dia hantar PM tu 2 kali.
sekali dia cakap pasal entry berurut aku tu.
dia kata dia malu baca entry aku, lepas tu dikaitkan dengan suami aku.

kenapa eh. kalau nak kritik seseorang tu, nak kait-kaitkan dengan mak.
dengan ayah. dengan suami.dengan anak.
kau tak suka seseorang tu sebab diri dia, kenapa nak kaitkan ahli keluarga pulak yer?

sebelum ni aku pernah terima komen dari anonymous ‘oi perempuan perasan, kesian anak awak!’
tiba-tiba nak kesiankan anak aku pulak. motif?
ni di kait suami aku plak. dia kata ‘suami nampak alim tapi bla bla bla’
tak ingat dah aku sebab baca sekali lalu je.

kemudian dia sound jugak pasal protected entry aku tu.
dia kata kenapa aku nak marah pulak pasal mak ayah hantar anak balik kampung tu?
tajuk camtu marah ke? tu bukan marah. tu boringgggg…

tiap kali jumpa ‘anak awak masih kat kampung ke?’
‘anak awak mak awak jaga lagi ke?’
tak de modal lain ke nak tanya?

move on la wey.
yang kau susah hati sangat orang hantar anak dia kat kampung mengapa lah?
sampai cam ‘eh aku tak faham la ko ni maya kenapa hantar anak ko kat kampung?’
ada ke pun orang suruh kau faham? takde kot.
kalau kau faham pun, kau dapat duit ke? tak kot.

kau dah takde benda nak fikir ke sampai sibuk nak fikirkan masalah orang?
kau jaga rumahtangga kau sudah lah. jaga anak kau tu.
jangan esok anak yang kau jaga tatang tu menderhaka pulak kat kau satu hari nanti. karma weyy..
dunia ni bulat. bukan sepanjang masa kau bahagia.
tapi kalau kau bahagia sepanjang masa, rezeki kau lah.

kepada Mohd Haris. terima kasih.
saya maafkan awak. selamat berpuasa πŸ™‚
oh yer, fake ID eh facebook tu? (H)

22 thoughts on “Entry Untuk Mohd Haris. Yang Lain Sila Tutup Mata

  1. biarlah kan apa kita nak buat, anak beranak kita…org luar sibuk nape? saja le tu, dia dengkikan akak..buat xtau jek.bukan bleh layan org camtu

    • ikut hati mmg taknak layan, tapi tu la akak pun manusia biasa. punya hati punya perasaan.
      tipu la kalau kata tak tersentuh langsung kan

  2. aku terasa noks.. sbb aku dulu pun janda, anak aku mak pak aku jaga.. sbb dia tanak anak aku terbiar bila aku sibuk mencari rezeki.. dr org lain jaga, biarlah dia jaga… asalkan aku antar duit sara tiap2 bulan, dia sanggup jaga sampai aku kawen lain…

    sudahnya aku kawen, mak pak aku dah berat ati nak berpisah dgn anak aku.. until now, mak aku mintak anak aku duduk dgn dia sbb dia perlukan teman…

    aku korbankan jiwa aku sbg mak, berpisah dgn anak sebagai tanda kasih sayang aku pada mak aku… so pada mereka yang mengata, awak nilailah sendiri awak sebelum mengata.. pandang diri sendiri…

    ini masa orang lain.. waktu kita nanti kita tak tahu.. ditakdirkan Allah amik nyawa suami awak, awak berani jamin awak kuat nak bela anak awak sorangΒ²? kalau boleh, alhamdulillah dan teruskan mendabik dada…

    perlu ke kita pentingkan diri, dah senang rampas balik anak dr mak..?

    noks, aku komen ni bkn psl aku kawan ko.. tp mmg betul2 aku terasa hati dgn org yg pandai bercakap tp x nak faham keadaan orang lain tu…

    • cuma yang pernah melalui je yg akan memahami.
      cuma yang pernah mengalami akan merasai.

      tapi kita tidak minta difahami. kita juga tak minta mereka merasai apa yg kita rasa.
      cuma sedikit pengertian. dan sedikit penghormatan. itu sahaja.

  3. Pada Haris atau penyamarnya, di bulan yang mulia ni, cari la aktiviti yang berfaedah sepeti mengaji ke, berzikir ke, bukan menyamar hanj kan blog org yer. Ingat tu yer mohd haris. (mode abis sabar)

    Pada anon, jaga je la anak sendiri, laki sendiri, tepi kain sendiri, tak yah sesibuk hal orang lain ek. Org nak hantar anak pi zoo ka, pi muzium ka, bukannya hal awak.

    Abis kontrol nak komen sempena ramadhan

    • kalau taknak mengaji atau berzikir pun tidak mengapa.
      cuma perlu duduk diam diam dan jangan berkata kata jika tak tahu kisah disebaliknya.

  4. kenapa ya sampai mcm tu sekali ? yg diorang sebok2 pasal anak org lain kenapa ya ? agaknya diorang nak tolong bela kot, ataupun diorang sakit hati sbb kita ada mak yg nak bela anak kita ? sy dulu pun mak yg tolong jaga sbb katanya daripada org lain bela biarlah dia yg bela…tp itulah bak kata pepatah berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul πŸ™‚

    • esok bila anak saya dah duduk dengan saya, pun nanti jadi isu jugak.
      anak dah besar panjang baru nak amik duduk sama.
      haishh.. never ending issue..

  5. sedih lak baca komen kat emy…’bekorban perasaan demi kasih pada mak’….tue la org tak paham apa2 tp pandai cakap jer…bersabar mmg mudah di lafazkan tp nak menunaikan memerlukan semangat yg tinggi kan…sy sensitif tul la dgn org yg baca blog kita pastu bg komen yg menyakitkan ati..

    • akak rasa ramai je orang tak suka baca blog sesorang tu, tapi tetap datang dan baca.
      nak keji biarlah sbb kita pun tak boleh halang.
      tapi keji dalam hati or dgn kwn2 je boleh tak.
      tak payah la kot nak tinggal2 komen menyakitkan hati.
      untuk apa?

  6. very d direct entri siap mention nama lg although fake identity..sian saya tgk akak nie, wat mcm ni salah wat mcm tu pon salah..mcm2 org dok skodeng pastu wat citer x baik so d best way Kak dun bother wat ppl say..bkn dorang yg nk tnggung akak sekeluarga..

    Mungkin agak kasar bunyi tp “kubur masing-masing..baik jaga diri sndiri dan jgn nk cemarkan nama baik org”

    Bersabar dan terus bersabar ye Kak πŸ™

  7. apa la singkat sgt otak diorang ni…salah ke hantar anak mak jaga..lagi bagus apa..bukan suruh jaga buta2..bagi duit belanja lebih kat mak tau…mcm bagus jer diorang ni semua…bukan kita x jenguk kan..along pun hantar anak kat mak jugak…ada ko kisah ke ko susah ke tak kat kl ni kalau bawak anak..nak2 sekarang kalau hantar anak umah orang pun leh mati free..kena dera bagai kan….pedulikan la mya…orang dengki mmg macam gitu….

    • bila kita kata dia dengki, dia marah plak nanti along.
      katanya buat apa nak dengki, hidup dia lagi bahagia.

      so kalau dah bahagia tu bersyukur je la kan.
      yang sibuk nak memahamkan jalan cerita hidup orang kenapa kan?

      sekarang saya plak yg tak faham. hurmm…

  8. aku nieh tidak aa penah baca protected entry ko ( malas nak mintak password, bleh?) .. ada entry baru, aku baca .. itupun biasanya sekali baca, berpage2 aku bukak sbb byk ketinggalan ketapi .. pastuh kalau rajin komen, aku komen … tapi selalunya mmg baca di angin lalu xde komen apa pun .. kekadang aku gunakan entry ko utk cari info ( cite wayang, tmpt makan best etc, tang mengurut nieh pun mcm aku nak mintak info lebih gak kat ko tapi nenanti la dulu ) ..

    bila ada org2 yg terlebih prihatin cenggini, aku jadi mcm confused sesgt .. nak kata org nieh memberi nasihat, ayat mcm x bleh blah la plak .. kalau nasihat dgn penuh hikmah, mesti org akan dgr .. tapi kalau ayat pun mcm *&^%$##, lu pikir la sendiri .. mcm menepuk dulang terpercik air ke muka sendiri gitu .. org2 mcm nieh aku nasihatkan cari la kehidupan sendiri, tak payah sibuk2 kehidupan org lain .. xde manusia yg perfect, so maknanya org2 mcm nieh pun xde la perfect mana . toksah laa prihatin sgt ngan cara hidup org, ko prihatinkan aje hidup ko, hidup keluarga ko, hidup sedara mara ko, hidup kengkawan rapat ko .. hidup blogger2 neih pandai2 laa dorang nak jaga ..

    apa2 pun, ini laa cabaran hidup seorang blogger ( dh mcm artis gitu ).. benda elok ke benda x elok ke tetap akan diperkatakan oleh org .. mulut org nyah, mmg x bleh nak tutup ..bulan2 posa pun nak cari pasal gak … bawak2 laa bertaubat ye kengkawan .. mind ur own business gitu .. peace uolls πŸ™‚

Comments are closed.