Dedulu Suka, Sekarang Tak Berapa

ni rasanya cerita jumaat 3 minggu lepas kot.
jumaat pertama bulan puasa. huhuhu..
tengah hari tu aku roger roger naza tanya apa bikin.
dia kata dia buat kelas mekap di atas permintaan ramai. eceh.
so aku pun nak jugak la menyibuk nyibuk.

naza ni pandai mekap tau.
pergi kelas dapat cert semua.
pastu ada peralatan mekap yang lengkap gitu.
kira memang full of passion lah dalam mekap bermekap nih.


: : kak syikin sukarela jadi volunteer untuk dimekapkan : :


: : selepas dimekap : :

wah tiba tiba jer selepas kan. nampak nau pemalas nak menaip aku nih.
tempoh permekapan ermm ada dalam sejam kot?

aku dulu pernah jugak masuk kelas mekap.
masa tu rasanya cuti semester masa kat poli kot.
so tau jugak la basic dan alatan mekap.
yang paling femes foundation kroyalan tu la.
bisa menutup segala rona rona hitam kat muka ko.

masuk poli semester 4, gigih pegi kelas aku mekap ok.
kawan kawan poli tau lah.
awal awal bergelumang dalam dunia pekerjaan pun aku rajin gak mekap.
tapi la ni nan adooo…
rasa cam perlew ke mekap? perleww ke?? gitu.

tapi lepas tengok naza mekap begitu cantik sekali terus cam eh teringin plak nak mekap macam dulu dulu.
so tanpa berfikir panjang aku beli la foundation kroyalan dan span ni hah.
rasanya first raya nanti aku period kot.
so boleh la nak mekap tetebal sikit. eceh.

tapi jangan ko nak suruh suruh aku mekap kan korang plak.
mekap kat muka sendiri pun aku menggagal.
apa lagi nak mekapkan orang.
tapi kaklong pandai mekap.
aterrr pramugari. kalau tak pandai mekap, acaner nak bekerja kan.

jom kita melaram raya ni.
harus lapanploh keping gambar aku jaja :-p

32 thoughts on “Dedulu Suka, Sekarang Tak Berapa

  1. kalau nak solat tu yg leceh nak cuci bagai
    pastu kena make up balik
    x kosser tau
    nak tunggu function mcm byk invitation nau
    hehe

    • betul! itu yg akak pemalasnya.
      akak lepas solat mmg takde tacap apa dah.
      lantakkan sana.
      tapi kalau function mmg syiok mekap tetebal..

  2. first time jumpa dulu, akak pakai eyeshadow warna biru. sumpah tak tipu!
    tauuuu akak dah lupa kan.. 😀

  3. paling malas pki foundation sbb tataulah.. kulit muka mcm x suka je kt foundation. pastu kang rasa cam diri buruk, sedeeeyyyy

    • lagi senang. jimat tak yah pakai foundation. pakai bedak compact terus.
      eh tapi kawin sok kena pakai foundation

  4. sama…sy pulak dulu tak suka sekarang beria mekap kiranya ke opis tuh wajib bermekap tp tidaklah sampai ke kedai apek pon pakai mekap…hehe

    • haah gambar last tu mekap saya. tak tulis plak saya beli ek.. he he..
      dia bkn dealer tp dia blh tolong belikan la..

    • foundation kroyalan tu artis2 pakai tau..

      wida, nak password tak? kalau nak email akak.
      nanti akak reply bagi password

      • saya pun xtau apa tu foundation kroyalan..
        sbb biasa xmekap pun…
        akak kenapa x mekap?
        pas solat sapu bedak pun okay kn…
        akak,saya pun nak password jugak kan.. 🙂

  5. foundation tu ada tak mekap terus jd gaya artis? berapa riyal tu noks..? aku mmg suka mekap… tp bila datang ari pemalassssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss :-O

  6. Melaram time raya!! suke suke suke .. pastu kena duduk dapur bancuh air or basuk pinggan .. hurmmm tak suka 🙁

  7. eh temah boleh tak belikan aku foundation kryolan tu kt aku satu.. aku punye dh nk habis.. susah la aku nk cari kt tempat lain.. alang-alang kawan ko ada jual.. boleh ek? nnt aku bank in wang nyeee

  8. Wahh.. tak sangka ye si Naza tu… Kalo mintak dia make-up untuk dinner nanti boleh? Berapa ye dia charge? I malu ler pulak nak tanya.. hehehe

Comments are closed.