Dari Bukit Bintang ke Jalan TAR

assalammualaikum anak anak.
salam pagi isnin.
dah pukul 1.20 pagi ni. gigih lagi aku tak tidur.
sebab menjahit uolls.
aku pening pening lalat nak sambung getah dan pengeras ke kain baju kurung aku tu.
sampai paksa paksa encik z fikir sekali.
last last dah ok.

tetengah jahit getah, benang sekoci habis plak.
tapi tetiba buat hal benang sekoci taknak naik. adoiyainyer pun.
tu encik z tengah belek la tu.
aku curik kejap la update entry ni.
aku banyak cerita sebenarnya nak taip kat sini tapi taktau la pemalas kedaung betul rasanya nak mengarang cerita.

aku update cerita yang berlaku tadi siang dulu la yer.
eh siang dan malam sebenarnya.
bukak puasa kat bukit bintang. makan nasi ayam hainam nyam nyam.

kitorang gi dah lepas waktu berbuka pun. pukul 8.15 malam camtu.
tapi still orang meramai. kena la berdiri jap tunggu table clear.
dapat seat terus order.


: : air asam boi : :


: : roasted chicken : :


: : kerabu mangga terbaik wokkk : :


: : ni tak ingat la plak apa namanya. first time makan. encik z la order. aku tak berapa kenan kot. sebab masin nau : :

masa kat bukit bintang ni nampak awi rafali yang nyanyi lagu run away everyday every monday tuesday tu.
otomatik terus teringat masy. dia minat lagu tu he he he.
pakai baju melayu pink lagi 😛

dari bukit bintang terus gi jalan TAR. pukul 10 malam pun meriah lagik.
manusia punya la meramai. aku pun cam ala cari penyakit jer terjebak sekali dalam lautan manusia.
tapi syok jugak kot. baru ada feel feel nak raya. gitu..

singgah kamdar beli kain nak buat shawl.
pastu beli air tebu dan air kelapa sebab haus menggila.
kesian dua dua air pun rasa air sejuk.

pukul berapa nak tidur nie??? haiyyaa…

23 thoughts on “Dari Bukit Bintang ke Jalan TAR

  1. Pasni saya nk order shawl kat akak yer.. nk kaler ijorrr je sume.. ahaksss… jual murah2 yer…yeeehaaa…

  2. gigih akak menjahit yer…tak ngantuk ker..???
    sahur tadi saya pun makan kerabu mangga…hubby sy yg buat..sy bantai membuta jek..! (H)

  3. sy sekarang pun dah gila ngan selendang shawl tu tp yg lembut punya, bukan pashmina tu…ubah fesyen katanya 😛

  4. beli kain nak buat shawl? mahu bikin shawl sendiri kah? aku pun beli kain nak gak kat kamdar c4 semalam, pun nak jahit tudung.. adussh raya ni kena pikirin tudung aku yaa dong

    • haah lorr.. nnt nk suh ko jahit tepi halus tu..
      bila ko free bukak puasa dlm minggu ni? aku nk merempat rumah ko..

  5. kami rasa nama penyanyi tu awi rafael kan bukan rafali??

    kikiki ramai nau org pegi kamdar ye.. patut la ustaz2 dalam ceramah suka bagi contoh orang kita ni pegi cari lailatul-kamdar instead of lailatulqadar.. hiks..

    • slalu silap nama artis kami ni he he he..

      pasal shopping tu sesekali ok kot.
      bkn tiap2 mlm gi bazar or kamdar 🙂

Comments are closed.