Bye Bye Bombastic Bali….. ^_^

bila sampai balik kat resort cam eh eh awal lagi je rasa ni.
ada satu jam setengah lagi sebelum pak million & gede datang menjemput.
kitorang memang balik awal sikit dari kuta tu sebab takut macet dong.
oleh sebab ada masa lagi, encik z ajak jalan kaki ke depan sana.
so jalanlah kita. dalam 15 minit gak kot menapak.


: : ke seminyak square : :


: : kalau sakit boleh ke bali clinic : :

ronda kejap dalam seminyak square tu tapi takde la nak beli apa dah.
semua pun mostly memahal.
kemudian menapak balik.
ada berlaku eksiden motor betul betul jadi depan aku.
mat salleh bawak motor laju bebenau macam nak racing.
kan dah cium tar.

pastu anjing anjing kemainlah banyak meliar.
harus aku ketakutan walaupun encik z kata anjing tu semua jinak.
eieiieieuuuu tak kira.. takut tatap takut.

sampai resort, aku tukar jumpsuit.
miahahhhaa. tak menyabau betul kan.
aterr baju baju ceni sesuai pakai kat pantai pantai je la.
kat bali lagi la sesuai.
kang tak pakai sok balik KL tah celah mana plak lagi aku nak pakai.
dah la beli sampai 2 helai kan. heee..


: : baru ada gaya seorang pelancong yang melancong ke bali : :


: : gedik! lantak. apa aku kisah? : :


: : pose nak tunjuk tocang kepang : :

tak lama lepas tu pak million dan gede pun sampai bawak kami ke airport.
inilah dia gede.

airport bali ni besar oh. besar yang memang besar ah.
puas dok jalan jalan dalam ni sementara tunggu boarding.

duit kat tangan ada balance lagi kata encik z.
lepas tolak tax, ada dalam RM15 camtu la.
kira punya kira, cukup untuk beli ice blended satu.
so duduk lah kami di the coffee bean.


: : pekena ice blended caramel. perghhh.. begini! (Y) : :


: : airport tax sorang 150ribu rupiah yer. : :


: : minit minit terakhir sebelum meninggalkan tanah bali : :

dan akhirnya… tadaa.. sudah berada di dalam perut kapalterbang.
lapar kedaung so order makan.
ada set cuti sekolah katanya. belasah.

3 jam setengah penerbangan, akhirnya sampailah kami di LCCT.
lepas tu dah takde snap gambar apa dah.
percutian yang indah buat kami suami isteri.
insyaAllah kalau ada rezeki lebih, aku nak lagi ke bali.
bangkok & bali adalah best dua-dua…

ok secara tak rasminya watamat lah kisah percutian aku ke bali.
cuma cuma cuma.
aku hutang korang lagi 3 entry.
satu pasal resort. satu pasal tocang kepang. satu pasal hasil shoppingan.
dan satu pasal insiden menyeramkan tu.

thank you sebab sudi masuk dan masuk dan masuk lagi blog aku sebab nak baca kisah bali ni.
yang baik jadikan teladan. yang buruk jadikan sempadan ya. eceh..
xoxo (L)

10 thoughts on “Bye Bye Bombastic Bali….. ^_^

  1. kak..dari seminyak nk ke kuta berapa minit?
    cecece..menciwi jumpsuit baru. beli sekalian dgn inner kah?
    alaaaa..takyah pakai inner tu..br tourist.. 😛
    larriiiikkkkkkkk… *abg mi kejar*

    • dari seminyak ke kuta dalam 15 minit naik kereta.
      kalau tak macet la. kalau macet boleh membawa ke 1/2 jam.

      inner tu bawak dr KL dong.
      ikut hati memang taknak pakai inner tu, mau aku kena tinggal kat bali dan dan tu gak he he..

Comments are closed.