Buffet Ramadan di Restoran Daun Plaza Damas

baru-baru ni aku dapat jemputan dari kak yaya yang dipanjangkan melalui ayu untuk datang makan makan secara percuma di restoran daun.
tapi haruslah ada sebab musabab yer. tidaklah makan percuma semata mata.

ok ok aku mengaku aku antara yang terlambat update cerita ni.
walhal dah berlaku 2 minggu yang lepas. put the blame on me 🙁

di hari kejadian, aku gerak dengan amy ke plaza damas.
kitorang gerak dari cheras sebab ada hal kat cheras. sesat barat sikit la sampai aku terjerit jerit kat amy.
aku jerkah sikit pun dia dah terkejut wahahaha.. sorry ah my fren.

park myavi terus cari restoran daun.
tetiba tengok eh.. tutup?

close up lagi.
woh sudah pindah rupanya. tapi tak letak address kedai baru.
acaner tu?
so pepandailah kitorang cari sendiri.

akhirnya  berjumpa. bebetul sebelah entrance ya anak-anak.
berdepan dengan restoran nasi kandar bestari.


: : entrance : :


: : pilihan lauk pauk secara buffet : :

tak tunggu apa dah, sementelaah memang dah lapau bebenau, terus amik pinggan dan kaut lauk pauk.
bebudak lain semua dah sampai lama dah. dah licin pun pinggan dema makan.


: : pinggan laukku : :


: : air mangga dan tembikai : :


: : tak pandang kiri kanan dah : :


: : close up : :


: : ni plak pencuci mulut : :


: : lepas makan apa lagi, gossip la uolls : :


: : selain buffet, ala carte pun ada ya : :


: : untuk minum petang, ada pelbagai jenis bubur : :


: : ahli mesyuarat tingkap terdiri dari yan, adam, sid, amy, rose : :

bersempena dengan bulan ramadhan ni, restoran daun menawarkan buffet dengan harga RM25nett per pax.
untuk mengetahui lebih lanjut tentang restoran daun boleh klik SINI.

dan lokasi restoran daun adalah di P37 plaza damas shopping complex, sri hartamas, kuala lumpur.
selamat mencuba dan selamat berbuka!

11 thoughts on “Buffet Ramadan di Restoran Daun Plaza Damas

Comments are closed.