Berbuka Puasa kat The Garden Cafe

ramadhan ke 17.
berjanji janjian ngan kak illa nak berbuka sama sama.
awalnya plan dengan ernie, tapi tup tup hari kejadian ernie ada majlis berbuka puasa plak kat office dia.
so tinggal aku ngan kak illa jer. proceed jugak lah.
kalau tak,tak tau la bila lagi nak jumpa kak illa.

dari office pukul 5 tepat terus aku berdesup ke midvalley.
hujan. lalu jalan adalah sesak.
drive sambil mengelap airmata yang menitis *ok tipu

pukul 6.20petang camtu kot baru sampai midvalley.
tu pun aku taknak amik risiko. lalu park kat gardens.
terus ke tempat kejadian untuk berbuka.
the garden cafe.

first time aku datang sini.
sebelum ni pernah je nampak kat the curve.
tapi kat midvalley nie idok ler teman tau.
walaupun masih awal lagi, tapi kitorang duduk jer sebab nak borak borak.
dan order terus.

kak illa minum ice lemon tea.
aku amik air mineral jer. kata cheapskate.
aterrr air nya jer dah cecah RM9.90. pitamm..


: : beef sandwich. sedap dan kenyang. recommended: :


: : kak illa makan chicken teriyaki. sedap : :


: : kawasan sekitar restoran : :

siapa yang cam agak agak tak reti nak cari the garden cafe ni, restoran ni letaknya bersebelahan dengan butik arzu.
lawa-lawa la scarf arzu ni tapi harganya pun lawa jugak.
tunggu aku kaya raya sok la baru beli kot.


: : moi with kak illa : :

lepas berbuka, jalan jalan kejap dalam midvalley.
pastu lepak kat starbucks borak borak.
kalau tak sebab encik z call, mungkin lama lagi kot melepak.
cerita hal dulu dulu masa kami dok serumah sebujang, tak pernah bosan.
walaupun lapanploh kali dok ulang cerita sama.
gelak jer memanjang.

kak illa. my sister. my friend. my love.
friendship forever kakak (L)

19 thoughts on “Berbuka Puasa kat The Garden Cafe

  1. aku pernah poie makan sini…
    laki aku ckp last! hahaha…
    rege mmg bunuh poket tp alahai kocik bonar portion nyer…
    mak nie laki bini jenis usus kembang, tak cukup! hahahaha… 😛

    • restoran2 cenggini mmg kan. portion ciputsss tapi harga kemain memahal.
      sesekali boleh la kot nak feel feel org khaya.. ekkeke..

  2. mmm… dalam banyak2 umah sewa bujang aku duduk, sebanyak2 tu, cuma ada sorang jer aku end up dengan persahabatan.. lelain semua ending dengan permusuhan…

Comments are closed.