15 & 16 Ramadhan

ok ini cerita 15 & 16 Ramadhan.
yang sebenarnya aku main skip skip jer.
ikut mana aku sempat snap gambar, aku buat la entry.
yang takde tu, sama ada lupa snap gambar ataupun masak simple sangat sehingga rasa tak layak untuk diblogkan. eceh.

asam pedas ikan cencaru.
dengan sayur bendi goreng campur telur.

16 ramadhan.
aku masak sambal udang.
sambal ikan bilis kering.
kacang panjang goreng campur telur.

pastu cucur udang, murtabak & cara berlauk tu encik z beli.
aku tak makan langsung pun.
eh makan makan. cara berlauk aku ngap seketul. tu jer.

oh, 16 ramadhan tu kitorang gi kerja naik motor.
balik encik z lalu jalan belakang so tembus kat pasar malam depan tasik tu.
aku suh encik z stop sebab teringin benau tekak aku nak minum air tebu.

2 kali beli kan sekali tu memang dah basi.
sekali tu plak, menjelang pukul 8malam dah basi. sedih 🙁

kali ni kan, aku mintak dia mesin tebu baru.
walaupun beria makcik tu tunjuk yang dalam plastik kata tu pun baru.
aku cakap la dah banyak kali kena, semua pun cakap baru mesin, tapi hakikatnya?? dari pagi kot diorang dah mesin.
makcik tu pun malas nak argue dengan aku.
diberitau tokey, lalu tokey pun gigih mesin kan.

dan hasilnya memang menakjubkan.
fresh tak tertahan sehingga rasa mau orgasma.
so dah lepas la kempunan aku nak minum air tebu di bulan puasa ini.
alhamdulillah. hikss..

p/s: sori kualitas gambar kurang memuaskan. pakai kamera handphone jer. huhu..

6 thoughts on “15 & 16 Ramadhan

  1. salam..

    kak maya..tips ( from soulmate) kalau nk tau air tebu tu fresh..meaning baru mesin , colour dia hijau muda..tp kalau warna tebu tu mcm nk nak hijau2 pekat kehitaman…maknanye dia dh lama mesin… 😉

    ni dia bgtau..sbb dulu dia pernah jual air tebu… 🙂

Comments are closed.