10 Ramadhan

hari ni dah 10 ramadhan kan.
cepat je kan.
ke korang rasa lambat?
aku rasa cam cepat.
aku first 3 days puasa tu aku tak puasa.
period.
nanti mesti dah nak dekat raya akan period lagi. haihh..

so far kan, aku ngan encik z belum berbuka kat luar lagi.
semua pun aku masak. eceh tapi masak simple simple je la pun.
tapi aku rasa bulan bulan puasa ni simple la yang paling sedap kot.

ikan bilis goreng. telur dadar.
sayur kobis tumis air. kentang goreng.
sambal telur.

pergi pasar ramadhan pun rasanya baru 2 kali.
sekali tu aku beli cencaru goreng.
pastu 2 kali beli air tebu.
kali pertama beli air tebu kan, rasa cam sedih sangat.
ok mungkin silap aku jugak sebab beli yang dah siap dibungkus.
maknanya dia tak mesin there n there la.

balik rumah nak minum dah masam / basi baii…
hancur luluh hati ku ok.
tak baik la peniaga buat ceni.
aku memula siap cakap ngan encik z, taknak halalkan RM3.50 aku tu.
terus laki aku kata ‘halalkanlah. itu lebih baik buat kamu dan dia’
insaf kejap oh.

ok la ok aku halalkan.
tapi korang yang meniaga, jangan lah buat ceni.
not good la.

kali ke 2 aku beli, masa minum ok la.
kira lepas la 2,3 gelas kot.
tapi lepas kul 9 malam camtu, dah basi 🙁
yang ni pun aku tak nampak dia mesin depan mata.
tapi dia kata baru mesin.
haih.. bersangka baik je la kan..

sahur sekarang aku makan cornflakes dengan minum susu je.
eh air masak segelas dan kurma sebiji.
alhamdulillah takde la kelaparan kedaung di siang harinya.

weekend hari tu aku masak.
tapi tetap simple jugak.
sabtu, bihun sup daging.
ahad, tomyam udang.
up dengan som tam & pulut mangga dari thai fair.

petang sabtu gi jusco beli barang dapur sikit.
up sekali dengan durian paket RM18 semua.

rasanya hari jumaat ni mungkin berbuka kat luar kot.
dengan my girlfriends 🙂
sekalian nak pergi matta fair. uhuu…

13 thoughts on “10 Ramadhan

  1. baru sekali berbuka kat luar. tu pun sebab stok barang dapur dah habis.
    ehh ada sekali lg..ahad lepas. tapi tu tak kira berbuka kat luar kan..sbb berbuka rumah adik ipar..rumah la jugak kannnnn 😛
    ..dan sekalian berlaku tragedi tak diduga ;-(

    • akak awak ni pemalas jugak benarnya.
      tapi rasa cam tak baloi jer nak beli kat luar. dah la mahal, tak sedap pula.
      so cam masak je lah walaupun simple, janji kenyang.. 🙂

  2. rajin akak memasak yer…sy ni asik membeli jer…sib baik masa sahur takde bazar…
    terpaksa la masak jugak…ooohh malas nyer…

  3. tahun nie pasang niat tak mau gie PARAM..heheheh…arap2 si param tuh xmelambai aku untuk ke sana..hahahaha
    setakat nie masih memasak..lbh sedap..wpun simple2..

Comments are closed.