Selepas 20 Tahun…

hari tu korang ingat kan aku ada buat entry ajak korang pi singapore dengan pakej nostalgia tanjong pagar tu?
ingat tak? kalau ingat bagus. kalau tak ingat pun takpe.
oleh sebab ambik masa nak cari orang, last last pakej tu udah penuh.
tapi aku nak nak nak nak jugak pergi tanjong pagar ni, tu yang paksa jugak encik z beli tiket ke singapore.

masa aku usha online, ada lagi tau tiket weekend.
weekend selepas aku balik dari bali lah.
tapi bila sampai masa nak beli, dah habis uolls.
sebab nak nak nak nak jugak pergi tanjong pagar, so kitorang pun beli lah je tiket weekday.

makanya hari selasa malam tu, balik office. terus balik rumah laju laju bersiap.
pastu park myavi kat office dan terus zass ke kl sentral naik komuter.
sampai lebih kurang kul 10 malam kot. lepak lepak jap.
dan train berlepas kul 11.10 malam.

kitorang amik tiket paling murah. tempat duduk pergi balik.
balik ada tempat tidur tapi sebab aku cheapskate, aku cakap ngan encik z amik tempat duduk sudah.

last aku nak train masa pergi dabong kelantan dulu.
tapi tu lain sikit sebab amik tempat tidur pergi balik.
aku rasa lah, ni first time kot aku naik tempat duduk malam.
tapi seat nya luas dari air asia. so sokayyy lah..

oleh sebab tak makan lagi, jadi kami beli lah nasi lemak dan mineral water.
nasi lemak ok tapi sambal macam ermm.. ermm.. dah  nak basi. kot.
so aku makan sikit jer. tak pasal kang sakit perut nak berulang alik toilet dalam train.
harus tak selesa ko nak membera dalam train yang bergerak kan.

ada tv gak tapi aku tak perasan ada main cerita ke tak.
sebab sekejapan lepas makan tu aku dah membuta kroh kroh.

aku nak komplen sikit la dengan ktm ni.
apa ke sejukkk benau aircond ko ni ktm oiii..
tiap kali siren berbunyi, terus increase kaw kaw punya aircondnya.
sib baik aku bawak stokin. sarung stokin, sarung jaket.. pun tatapppp sejukkk…
gigil gigil kepala lutut nahan sejuk oh.
lain kali naik train kena pakai winter coat ngan but gamaknya.

pukul 7 pagi dah sampai woodlands. kena turun cop paspot.
tak tau plak aku kena cop paspot kat woodlands dah.
nampak nau lama gila aku tak datang singapore.
yer anak-anak. hampir 20 tahun.

lepas cop paspot,  bergerak lah semula kita menuju ke tanjong pagar.
setengah jam perjalanan tapi terasa benar lamanya…

14 thoughts on “Selepas 20 Tahun…

  1. aku baru perasan rupanya sedara mara aku pun ada yg naik last ketapi ni.. hihihihi

  2. bestnya naik ketapi 🙂
    naik mlm ok la tp bab sejuk tu..
    i pun x thn sejuk..

    • sejuk ya ampun tau.. kalau bawak bebudak taktau la macam mana romannya.
      mak budak pun tak tahan nih!

  3. dah lah jauh pintu koc ngan pintu tempat cop passport kan
    sian mak mertua ila masa tu..sib baik ada wheelcha

    tu lom sampai lagik kat stesen kampung pagar
    fuhhh…
    letih mil jalan…

  4. boleh tak aku cakap, dari kecik aku masuk spore mmg cop passport kat woodlands? ke aku yg menjakun asyik pi sana naik kereta, naik bas… ke kalau naik keretapi jadi kena cop tempat lain.. ker ker ker… ker nak kena lempang sbb byk sangat ker? hehehehhe

    • ko dari kecik tu berapa kecik hah?
      aku dari kecik 20 tahun lepas mmg cop paspot kat tanjong pagar

    • hah akak pun tak sabar nak bercerita sebenarnya.. walaupun cam kelembapan jer menaip kann..

Comments are closed.