Risalah Keramat

di awal pagi di dingin hari
tangan menerima jemari terisi
sampul surat itu berada di genggaman
putih bersih, tulisan tersusun indah
sampul dikoyak, isinya ku jengah

satu risalah
ingat mengingati
aku renungi, aku tatapi

siapakah gerangan si empunya diri
yang melayangkan ini
rasa syukur dan terima kasih
sekurang-kurangnya ada yang memerhati

bukankah baik sesama muslim
bukankah molek sesama islam
berkongsi rasa, mencurah ilmu
agar semua mendapat manfaatnya

tidak aku nafikan kebenaran itu
tidak ku tolak baris tertulis

tapi di ketika ini
biarlah aku dengan caraku
jika satu waktu hatiku diseru
biarlah penghijrahan itu satu yang hakiki
tidak mahu menjadi manusia hipokrit

bertudung litup tetapi hati masih dipenuhi debu
mengumpat mengata mencaci menista

bertudung litup tetapi terlihat susuk tubuh
terbelah ketat apa gunanya

bertudung litup bukan dengan kerelaan hati
hanya kerana menutup mulut-mulut yang mengumpat kata
sekejap ada, sekejap tiada

ku cuba sedaya upaya memperbaiki diri
biarlah masa dan keadaan menentukannya
jika ditakdirkan dijemput Illahi
semoga urusan aku dan DIA dipermudahkan…

terima kasih pada si pengutus risalah itu
telah terlepas satu tugasmu
suatu hari pasti terbuka luas jalan kebaikan untuk kamu dan aku

HAKCIPTA TERPELIHARA.
DITULIS OLEH NORMAYA MUKHTAR.
www.blogmaya.com

14 thoughts on “Risalah Keramat

  1. fewitttttt
    berpuisi bagai di pagi hari
    menyuntik kelainan di hari ini
    (nak jugak 2 kerat)

  2. adoyai…berpuisi puitis kak maya pagi ni yer…x per kak slumber kan hidup anda…
    hidayah itu hak Allah…:-)

  3. berkocak air di tasik madu
    madu diharap rupanya hempedu
    jangan dibiarkan hati bercelaru
    dengan ‘orang-orang tuh’..wat jer tak tahuuu 😉

    pak maun naik basikal
    basikal dipinjam dari dak atan
    niat nan ikhlas penuhi bertawakal
    semoga hidupmu diberi keberkatan (F)

    anak tenuk terlanggar batu
    batu diletak dihujung penjuru
    buat pesanan kepada orang itu
    aku tak kaco hidup ko..ko jgn kaco hidup aku.. 😉

    sekian..smile!!

Comments are closed.