Pulau Sentosa Part 1

lepas makan nasi ayam itu, kami menapak naik ke tingkat 3.
mau ke pulau sentosa u.
apasal gambar aku nie bibir aku semacam je hah?
mesti tergoda dengan aksi bloggers kalau bergambar selalu buat bibir tu kot.
ish ish ish.

kalau nak naik monorel ke pulau sentosa ni, kena bayar SGD3 sekepala.
kalau nak murah, ko jalan kaki. SGD1 je sorang.
kalau nak murah lagi, tak payah pergi mana mana. ko duduk rumah sudah.

naik monorel lalu turun di stesen yang pertama iaitu stesen waterfront.
di sinilah terdapatnya universal studio yang digembar gemburkan oleh rakyat sejelata.
puas hati aku dapat bergambar kat globe ni.
selalu tengok gambar korang je kan. matikk la busyuk hatiiii… (&)

ada yang tanya tshirt hard rock cafe bali tu original ke?
hello… original uolls. mak tak main beli baran fake yang konon ori.
kalau nak beli yang murah, beli tshirt kosong sudah.
fake fake tak main *pandang kuku sambil hembus

tu belah dalam universal studio tu. harus la aku tak masuk.
heyy bukan tak mampu yer (perlu ke nak mention uolls?) tapi sebab kekangan masa.
tujuan utama aku datang singapore ni sebab nak ke tanjong pagar ek, yang lain lain ni pengisian sampingan sahaja.

bapak panasnya haihh singapore nie. aku rasa bali lagi sejuk kot.
singapore punya panas sama macam kat brunei ngan miri.
tik tik tik tik peluh mengalir celah ketiak dan kangkang.
tak boleh tahan lah!
dah la bawak bebanan beg yang berat, memang penat satu badan i tell u.

tekak haus ko takyah cerita la.
memang glup glup air mineral tu kami laki bini togok kan.

comel gila oh replika candy ni semua. dalam tu kedai candylicious.
aku sempat masuk dalam tengok memacam jenis candy dan coklat yang ada.
satu pun aku tak beli sebab aku sebatang kara ok.
takde hatta satu sen sgd pun dalam poket aku.
semua duit encik z yang pegang. sadiss…

aku  buat perangai lagi ketip bibir macam tu.
cam haremmm ok  bergambar cenggitu.
eh ni aku cakap haremmm kat diri sendiri yer.
takde kena mengena dengan mana mana bloggers ok???

sambung part 2 kejap kejap lagi nooo…

10 thoughts on “Pulau Sentosa Part 1

    • icon hanjeng tu takde kena mengena dgn yg hidup mahupun yg sudah meninggal dunia ya..

Comments are closed.