Plan Terkejut Terkejut

ini cerita hari selasa lepas.
bin & amy ada urusan jual beli.
kan amy dah jadi bisneswoman sekarang.
so bin ada terberkenan dengan baju baju kat kedai amy.
banyak sangat isu nya tu yang cam ah senang jumpa terus.
bukan jauh nau pun.
so aku pun menyibuk-nyibuk lah sekali dalam ini gambar.

dah habis urusan jual beli, tetiba plak rasa cam nak nonton filem flat 3A.
tak fikir panjang terus zass zass jer.
filem 3A? ntah bagi aku tak best kot.
cam tipikal cerita hantu hantu ni.
budak mati dibunuh. roh tak tenteram.
ganggu orang yada yada yada.

pelakon pun yang femes intan ladyana je la.
yang lain tak konal.
tapi aku suka kata-kata ustaz wahyu dalam filem ni.
wahyu namanya ok.
ko mampu letak nama anak wahyu.
kira skrip-skrip keagamaan cam agak menyentuh qolbu la.

tahap keseraman takde sangat kot.
aku pun tak teringat dan tak terbawak bawak.
kalau ada lagi kat panggung pun aku tak suggest korang nonton kot.
tapi kalau nak nonton gak, tunggu astro first.
then nonton ramai-ramai jimatttt.

usai nonton kami gi makan kat restoran mee udang mak jah.
yer anak-anak ko tak payah nak gi kuala sepetang dah untuk makan mee udang.
sudah dibukak branch nya kat berdepan wangsa walk ni ha.
memang sejati dari kuala sepetang.
budak budak yang kerja kat sini pun kemain lagi dok ‘speaking’ taiping.
takkan dorang pi training speaking plak kan.
harus anak sejati taiping.

nama pun restoran mee udang.
harus makanan semua pun berunsur udang.
jangan ko mintak ayam ngan sotong pulak ya.

aku sebenarnya cam agak mengenyang.
so takde la aku order.
cuma sudu sudu sikit encik z & amy punya.


: : amy makan kueyteow : :


: : encik z makan mee : :


: : udang yang bapak besauuu : :

nanti nak repeat lagi aku nak makan sepinggan seorang diri.
so korang, sudi sudikanlah yer..
*aterr… support bisnes orang kampung u..

10 thoughts on “Plan Terkejut Terkejut

  1. harga dia camne ek??
    sama mcm tepeng ke mahal melampau??
    aku kalo pegi kuala sepetang, suke mkn kuew teow goreng dr mee udang
    sedapppp

  2. wahhhh..sedapnya..nak mencuba jugak lah..harganye ok tak? hari2 bukak ye..wahh aku banyak nau soklannya kann..hikhikhik 😉

  3. tetiba terus terasa moh ler kita ke tepeng ptg ni, makan mee udang katanya.. 😛

Comments are closed.