Nasi Tumpang & Lompat Tikam

last week gi midvalley sebab nak nonton movie.
tu lain entry.
sebelum nonton ajak encik z dinner kat restoran belanga.
selalu tengok korang je pergi kan, mana boleh tahan. harus nak jugak.
yang sebenarnya aku takut encik z ajak gi makan nasi express kat food court tu.
mak dah muak nak. everytime gi midvalley, situ je la yang dituju encik z.
tu yang laju laju dulu ajak dia gi belanga.

aku minum air halia with honey. kruk krak je aku kunyah halia tu dengan harapan keluar semua angin dalam badan.
encik z minum err err.. err.. cam biasa i forgot.

makan haa aku ingat.
encik z makan nasi dagang lauk daging rendang.
aku ratah daging rendang tu sedap.

aku plak memang dah set dalam kepala nak makan nasi tumpang.
2nd time aku makan nasi tumpang nie.
before this pernah makan kat midvalley gak tapi lupa plak nama restorannya.

aku makan nasi tumpang berlauk udang.
spesis aku yang tolak kayu batu ni memang semua pun sedap jer.
tapi kan.. aku rasa sesetengah orang mesti tak lalu kot makan nasi tumpang ni.
sebab dah dikepalkan dan semua pun telah bersatu padu.
mesti ada rasa sikit gelik kot.
orang lain la. aku tak.

pencuci mulut ambil lompat tikam.
pun selalu tengok kat blog orang jer. so nak jugak lah cuba.
lompat tikam ni asal negeri mana eh? terengganu kah?
sedap. dan aku suka. ko apa yang ko tak suka normaya oii..

nak snap gambar restoran depan depan malu. ceh.
so snap sipi sipi sudah.
tapi korang tau kot restoran ni kat mana.
dekat dekat dengan big apple dan pancake durian tu.

tapi tapi tapi.
sesekali je lah boleh makan kat belanga ni.
total kitorang makan berdua ni dekat RM40 ko!!
aaaaaaaaaaaaa….

14 thoughts on “Nasi Tumpang & Lompat Tikam

Comments are closed.