Migraine Yang Membunuh

ini pulak kisah hari sabtu.
kelas menjahit 2.30pm – 6.30pm.
dari pagi aku dah start migraine tapi gagah jugak ke kelas menjahit.
kata roh tukang jahit dah merasuk dalam badan.

lepas kelas pergi makan dengan amy.
yer amy dan aku together gether masuk kelas menjahit ini.
tapi dia advanced la. dia amik pakej jahit baju kebaya.
aku je terkedek kedek baru nak belajar jahit baju kurung tradisional.
kami makan di jom bali carrefour wangsa maju.

amy minum air serai yang dibubuh lemon.
aku? minum 3 layer coffee. bagus. dah tau migraine lagi nak minum kopi. bagus normaya. bagus.
amalkan selalu.
3 layer coffee yer betul. selalu 3 layer tea kan.
tapi tak best lah. aku prefer 3 layer tea lagi kot.


: : amy makan ni. taktau apa. amy sila komen : :

aku makan mihun siam aka mihun goreng.
tapi tak habis pun. bukan tak sedap tapi dah tak lalu.
masa ni dah sakit sangat kepala sangat nyut nyut.
dah mula rasa loya dan nak muntah.

sebelum balik dengar manager jombali membebel.
sebab? sebab satu bantal sudah hilang.
haihh bantal macam ni pun nak curi ka? adoiyainyer pun.

belum sempat sampai rumah aku dah muntah.
tapi tidaklah dalam kereta. di luar kereta.
sampai rumah muntah lagi.
lepas tu baring jer sebab dah lembik sangat.

muntah lagi lebih kurang 3 kali.
dah tak larat, dalam pukul 9 malam aku masuk tidur. lembik!
pukul 1.30 pagi terjaga tapi sakit kepala masih ngap ngap ngappp..
tapi dah tak boleh lelapkan mata.

aku bangun layan filem tamil. lepas tu amik baju kurung aku yang dah separa siap.
jahit silang pangkah kat lengan dan hujung baju.
aku dah pandai jahit silang pangkah. jahit plak pukul 2 pagi. ko mampu?

yer migraine ini membunuhku. (U)

20 thoughts on “Migraine Yang Membunuh

  1. kalau kene migrain mmg kene muntah baru lega , selagi x muntah mmg rasa nak hantuk kepala ke dinding hehehe

    • kadang2 akak jolok tekak sebab nak kasi muntah.
      tapi kdg2 dh muntah pun tak lega gak. benci.

  2. hazab eh kena migraine nih…!!tapi yg x tahan tu leh layan citer tamil & sambung menjahit lagik…
    ko mmg haibat kak maya…!!!hanya kau yg mampu kak…!!! 😛

  3. sama la kak mya..lynn pn klu migrain mst urut kepala tengkuk sume bg kua angin..pastu bru le muntah..bru la ase lega skit..klu x..adoiii..

    * air serai tu sedap ke???

    • klau air serai original mmg tak lalu nak minum.
      yang dekat jombali ni dia campur lemon. sedap gak ah..

Comments are closed.