Merlion Square & Sup Tulang Merah

dari sentosa station tu, redah masuk dalam vivo city semula. naik MRT mau menuju ke merlion square.
ntah taktau kami salah turun stesen ke atau pun memang perjalanan berjalan kaki dalam MRT tu memang menjauh ke.
yang pasti kami menapak berkilo kilo metrico jauhnya sebelum nampak kelibat singa muntah air ni.

ini bangunan apa ek?
sapa tau? cantik dan unik betul rupa parasnya kan..

oh ni aku letak peta mrt singapore.
sesiapa yang nak gi singapore dan nak jalan sendiri, memang wajib ko kena bawak peta mrt ni.
dijamin tak sesat barat.
diorang punya sistem very tersusun tak macam kat KL.
kita kat KL kalau dari komuter nak naik putra, kena turun dan beli tiket lain kan.
kat sana tidak begitu.
pendek katanya memang senang baitu lah.

dah letih menapak sampailah ke merlion square.
duduk kejap melepas lelah.
penat gila oiii…
pastu amik la gambar kat singa muntah air ini.

dari merlion square tahan bas nombor 100 menuju ke area bugis sana.
mau makan sup tulang merah u! uhuu…
driver bus ni bawak bus punyalah laju cilok mencilok.
sib baik aku dapat seat.
kalau tak mau tercerobos ke luar.

akhirnya sampailah ke tempat yang dituju.
golden mile food centre.
aku dapat tau pasal tempat ni of coz dari google.
terima kasih google! saya mesti pilih!

kami mau makan sup tulang merah di gerai haji kadir.
memang sini lah yang famous amousnya pun.

encik z makan mee sup merah.
ketakutan plak aku tengok rupa parasnya.
aku tak rasa pun sebab dah sah sah rasa mesti sama je macam sup tulang merah aku kan.

akhirnya… taraa…
dapat gak aku menatapi dan memakani sup tulang merah singapore ini.

dimakan bersama dengan roti perancis.
memang combination yang walla…

diiringi plak dengan air tebu yang punyalah manis dan sedap.
gerai tebu nie ke belakang sikit tau.
kalau nak order ko kena tunggu sorang pakcik india datang kat meja ko tanya.
‘mau air tebu?’

sebab gerai yang belah depan tu gerai cina.
tak jual la plak air tebu.
pastu main paksa paksa aku order air lain.
ek eh? lu jangan kerek sama gua aaa auntie.

hodoh nauu rupa paras aku dok sedut tulang ni.
ko jangan bayangkan aku seduti benda lain plak.
aku panggg kang.

tak puas sedut secara semulajadi, aku sedut plak guna straw. baru dapat rasa semua daging yang tersembunyi di celah tulang.

sampai memerah jari jemari ku dibuatnya.
dah macam pakai inai lah pulak.

aku tak ingat lah pulak harga sup tulang merah ni.
masa nak bayar beria tanya, tapi sebab tak tulis, keterlupaan sudah.
kata nak jadi blogger yang full of information, tapi haremm..

lepas kenyang perut, kami menapak mencari stesen MRT berdekatan.
jalan punya jalan punya jalan.. terjumpa stesen nicoll highway.
kat belah depan tu ada panorama yang menarik.
so kami stop kejap berehat.
sebenarnya dah penat.
semputttt… semputtt.. semputtt…

naik MRT terus menuju ke stesen tanjong pagar semula.
bersambung……

30 thoughts on “Merlion Square & Sup Tulang Merah

    • woh marinabaysands ek..
      unik la bangunan dia. tabik spring sapa pencipta reka nya kan..

  1. hahahahahaha….sumpah sy gelak terkekeh bila baca yg nih “ko jangan bayangkan aku sedut benda lain plak. aku panggg kang.” 😛

  2. bangunan kapal berkembar tu tempat judi tuu… hareeeeeeeeeeeeemmmmm!!! nak naik atas sana pun dah kena bayar SD100 kata pakcik aku.. aku tak tahu laa betul ke tak…

    pastu tang singa muntah tu, mmg kuang ajauu singa tuuu…. aku pi baru ni takdak langsung dia kat situu… puas aku pusing cari.. vaviiii punya singa!! siap beranak ko kannnn!!!

  3. memang jauh lorh nak menapak pegi tempat singa muntah air tu.. tu lah pasalnya haritu kami tak jumpa dia… sampai kat bangunan durian tu kami dah kepenatan.. so lepak2 situ dan bergambar saja.. rupa2nya singa tu sembunyi belakang durian tuh…

    tau pun sebab seminggu lepas kami pegi tuh jefry kena pegi course dan stay kat hotel area situ.. hari2 dari hotel pegi tempat course naik bas lalu situ..

    harus repeat tour spore!!

  4. sedap tak rasa sup tulang tu….?

    * bangunan tu mmg unik la… mcm ada kapal lak kat atas tu…

  5. eh mana nk cr sup tulang merah kt KL ni??
    kalo tau meh roger2 kite gi makan
    lama aku teringin sbb pernah tgk kt TV

    • member aku cakap kat restoran kunang kunang ada.
      jom nanti kita set date kita pergi sesama

  6. AYOYO KARIPULAY!!!!!
    nampak sedap giler tulang merah tu. rasa mcm sup kita yg biasa ke? ke..ada rasa manis2? (sambil jilat2 screen)

    • amboi sampai jilat screen. jangan gila gila nokss… :-p

      rasanya macam sup biasa. takde la rasa manis ke hapa.
      memang sedaplah dimakan 🙂

  7. marina bay hotel..yg cam gambar kapal atas building tuh…kalau rasa nk naik sampai atas tuh..mmg kene byor..ada lif khas leh bawak ko terus sampai atas…atas tuh kapal tuh ada swimming pool tuh nampak pokok2 kan..ibarat ko berenang2 ujung tepi pool tuh rasa cam nk jatuh ke bawah jerr…ngeri siot…ko jgn ingat ai dh pegi sini..ini pun tahu sebab nengok amazing race asia dolu dorang wat aksi kt sini…siap dorang leh bergayut kat bawah kapal tuh..dari building kiri pegi meniti atas tali ke next building ..uiii gayattt..sampai sudah peserta amazing race dr indon xberani nk meniti…gilerrr dah la meniti atas tali..berangin plak..

Comments are closed.