Mengumpat

kalau nak mengumpat, kat mana-mana pun kau boleh mengumpat.
dalam rumah? luar rumah? kedai mamak?
tepi jalan? atas highway?

juga dalam email. dalam YM. dalam facebook. melalui BBM. dan juga viber?
viber. yer viber. aku baru dapat tau iphone ada application viber.
boleh berborak dengan skandal tanpa masuk dalam bil.
jahat juga iphone ni kan?

pendek kata di mana mana saja asalkan ada 2 atau lebih individu, pasti aktiviti pengumpatan boleh berjalan.
jadi. janganlah kau nak salahkan twitter yang tak bersalah tu. eh tiba tiba cakap pasal twitter?
aku tweet lebih kurang 50 kali sehari. dan macam-macam benda yang aku tweetkan.
dan yer. aku dah tak private twitter aku. sebab? ada la. tak perlu kot nak bagitau kau.

sesiapa yang pernah satu ketika dulu menyekodeng aktiviti di twitter aku, boleh la sambung aktiviti kau semula.
tapi kalau sejarah silam pernah menyentapkan kau dengan tweet aku yang ‘dikatakan’ mengumpat kau, aku rasa kau janganlah kembali menyekodeng.
takut nanti hati kau lebih terluka.

kesimpulan pertama : kalau kau memang kaki mengumpat, di mana-mana pun kau boleh mengumpat.
kesimpulan kedua : jangan salahkan twitter. beliau tidak bersalah.
kesimpulan ketiga : entry ini adalah entry ‘general’. tidak membagi mana-mana pihak. (o yea?)

14 thoughts on “Mengumpat

  1. Pakai Viber utk borak dgn skandal yer Kak 😉 (H) bg idea pd ramai org nie cz saya ada viber pon x tpikir..ngeh..ngeh…tp mcm2 ade kan skrg nie,suma nya utk kemudahan cuma org saja suka salah guna apa yg ade…

    • ye la.. bila berskandal sama2 pakai iphone. kan boleh call tanpa masuk dlm bill.
      so bila bill datang boleh la campak depan muka bini, cas cas tak bersalah.
      walhal dah bergayut dalam viber berejam rejam. jantan camni elok direjam je sampai mati.

      • Klu dpt tngkp Kak mmg selayaknye direjam cz hidup menipu jek..he..he..he..tp viber frequency not dat good sbnarnya,bgantung pd line internet gak..klu nk tau lbh lnjut meh join as iphone user.. 😉

  2. o yea? (H)

    *twitter ku juga tidak bersalah. tapi terpaksa kuarantin seketika..

Comments are closed.