Maya si Tukang Jahit

ok hari ni aku nak cerita sikit pasal kelas menjahit yang aku dah enroll tu.
ingat kan hari tu aku ada bagitau.
apa yang membuatkan aku tiba-tiba nak belajar menjahit ni?
ermm.. kerana ingin mengubah impian menjadi realiti.
ewah. ko ingat belajar menjahit ni sama dengan belajar vokal ke normaya?

ok la ok yang benar.
ada satu waktu awal tahun hari tu, aku diduga dengan dugaan yang berat kat office ni ha. tak payah la aku explain further.
cukup aku katakan amat amat berat sampai aku tertekan dan dah ambil keputusan nak resign.

tapi syukur pada ya Allah kerana mengurniakan aku seorang boss yang aku rasa tiada galang gantinya di muka bumi ni.
kak as berkali kali call dan menyabarkan aku.
buat sesi bertentang mata dan aku luah semua kat dia.
alhamdulillah, aku tarik sebentar keputusan aku nak resign tu.

tapi tapi tapi tapi
aku pun taknak mengambil risiko.
jadi kalau kemungkinan berulang dugaan dugaan yang hebat seperti ini, aku dah ada back up.
sebab tu aku ambil keputusan untuk belajar menjahit.
mana tau satu hari aku berhenti kerja, aku ada la kerja nak buat untuk tambah duit poket membantu suami. begitu.

jadi kita lupakan cerita sedih itu.
kita ke cerita kelas menjahit aku ini.
buat masa sekarang aku tak boleh nak bagitau lagi kot aku belajar kat mana.
eh kat mana boleh bagitau tapi nama tempat tak boleh bagitau kot.
ermm.. sebab nanti aku nak komplen gitu gini kena saman plak.
ekekkeke..

hari pertama pergi harus dengan penuh nervous.
ater nya aku ni mana ada basic menjahit.
pegang mesin jahit pun tak pernah.
tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
aku yakin dan aku pupuk minat.
selebihnya berdoa supaya aku ada bakat tersembunyi untuk menjadi seorang penjahit. eh tukang jahit.

registration RM**. yuran RM***.
amboi pakat bintang segala sekarang.
kalau nak tau berapa yurannya contact je lah aku.

setakat kelas minggu lepas aku dah siap buat pola untuk baju dan kain untuk baju kurung tau.
nanti nak tebuk lubang leher je.

fun jugak menjahit ni walaupun agak pening pening lalat.
tapi nama pun menjahit, harus ko buat praktikal sebanyak lapanploh kali baru boleh menajamkan skill gitu.
hari pertama belajar ambik ukuran. hari kedua kelas aku belajar masukkan benang dalam mesin.
pastu start la guna mesin jahit.
dia punya berdebar macam nak tekan minyak kereta masa first time bawak kereta. he he he.

belum kira dengan aku patahkan jarum kat mesin, dengan jari aku tercucuk jarum.
dengan jahitan senget benget ke laut.
tapi seriously it was fun.
expecially bila ko tengok baju ko dah nak siap.
rasa teruja tak sabar sabar nak habiskan menjahit.

setakat ni dulu lah kot aku cerita pasal kelas menjahit (amboi macam tulis karangan)
nanti bila dah ada progress memberangsangkan aku update lagi cerita kat sini.
korang doakan lah aku pandai dan dapat menyerap ilmu dengan pantas.
dan nanti bila aku dah terror menjahit, korang upah aku jahit baju kurung korang ek? :-p

30 thoughts on “Maya si Tukang Jahit

  1. nak belajar gak menjahit
    tapi half way je lah nanti semangatnya..
    ntah bila nak buat satu sungguh2…huhuhu

    btw….all the best maya..
    mana tau leh setanding pereka fesyen terkenal malaysia..
    as well as international fashion desingner..
    who knows? one day kan

    • hehe setanding dgn pereka fesyen terkenal tu tidak laaa..
      janji dapat tambah duit poket sesikit dah alhamdulillah.. 🙂

  2. mesti! kan dh janji-janjian mau tempah kt akak. ku kan sudah ketandusan si tukang jahit.
    tapi janji-janjian hari tu harga tepeng kan? muahahaha!

  3. eh..eh..cam best plak tengok maya belajar jahit…cam nak gi belajar gak lah…
    All the best to you.. 😉

  4. erk upah jahit baju kurung or upah rosakkan baju kurung? 😉
    all the best kak, pelan2 kayuh

  5. Selamat Maju Jaya Kak…dun worry Kak,nnt msti tempah kt akak cz la nie mmg susah nk cari tailor baju kurung…klu ada pon sumenye kt butik2..hrg membunuh…

  6. mcm best je..sy xreti bab nk potong kain je..jahit tu bole la skit2 sbb my mom tukang jahit..tp xpnah pn jahit bj sendiri..sume suh dier buat..

  7. kite pon nak blajar menjahit gak….sebab susah sgt nak cari tailor bile diperlukan.janji lepas jahit baju sendiri ngan anak,kire ok la tu kan hehehehe….

  8. akak
    saya pn teirngin sangatttttttttttttttttt nak belajar menjahitt
    akak belajar kat mana ye?
    kat sunway ke?

Comments are closed.